BAYARAN Fasa 3 dan rayuan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September secara berperingkat.
Pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia diwujudkan menerusi Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup. Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun.
Baca juga: Bayaran BKM Fasa 2 dibuat bermula 27 Jun, ini cara buat semakan
[caption id="attachment_92943" width="800"] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.[/caption]
Berikut lima info berkaitan bayaran BKM Fasa 3:
1-BKM Fasa 3 membabitkan pembayaran berjumlah RM2.2 bilion kepada seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta mereka yang telah lulus rayuan.
2-Proses pembayaran berperingkat BKM Fasa 3 dijangka selesai pada 27 September 2022.
Baca juga: Cepat! Rayuan BKM boleh dibuat online, kaunter berakhir 2 Jun ini
4-Ismail Sabri berkata sehingga bulan ini, sebanyak RM5.9 bilion disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.
5-Menurutnya, masih terdapat bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada individu yang layak pada Disember ini.
Anda yang ingin membuat semakan status pembayaran dan rayuan, boleh melakukannya melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Diharapkan kepada yang berjaya dapat memanfaatkan bantuan ini sebaik-baiknya.
Baca juga: Iltizam Anak Selangor untuk bayi kelahiran 2022, ini syarat, cara mohon perlu ibu tahu
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan