BERITA baik, buat pemohon yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 pada Januari lalu, kini kerajaan masih membuka peluang bagi permohonan rayuan.

Rayuan itu adalah sebagai peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan tersebut.

Seperti yang maklum, BKM telah pun dibayar pada 28 Mac lalu bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran RM100 hingga RM300 Fasa 1 dibayar berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.

Sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM yang dibuka mulai 2 Mei lalu akan berkahir pada 2 Jun ini sahaja.

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah;

  • Pemohon berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan untuk tambahan anak, perubahan pendapatan dan perubahan status perkahwinan sahaja.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada tarikh berikut;

  • Dalam talian : 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
  • Secara manual di kaunter : 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.

*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Baca juga Pernah berhenti belajar, tapi jadi billionaire termuda dunia. Ini kisah pemuda hebat itu

Bayaran Fasa 1 BKM berperingkat, bermula 28 Mac ini

a) Buat permohonan secara online di;

Iklan
  • Portal Rasmi BKM LHDNM : https://bkm.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan ID dan password
  • Pilih Permohonan Rayuan

Cepat! Rayuan BKM boleh dibuat online, kaunter berakhir 2 Jun ini

b) Serahkan Borang Rayuan BKM 2022 ke;

  1. Cawangan LHDNM
  2. Pejabat Satelit (PS)
  3. Pusat Khidmat Hasil (PKH)
  4. Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan.

Baca juga [VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K

Bagaimanapun, orang ramai digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara online kerana lebih mudah, cepat dan selamat.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI