ILTIZAM Anak Selangor 2022 merupakan satu program skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelahiran tahun 2022, kerajaan negeri memperkenalkan skim tersebut yang menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir.

Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperkenalkan yang merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini telah ditambahbaik.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas.

Syarat kelayakan;

KRITERIA ANAK

  • Anak kelahiran bermula tahun 2022
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor
  • Sedang menetap di Selangor

KRITERIA IBU BAPA / PENJAGA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor
  • Pengundi berdaftar di Selangor

Baca juga Tragis, 2 kanak-kanak maut, seorang parah dicampak dari ‘flyover’ setinggi 20 meter, berikut 8 fakta kejadian

Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

Permohonan Program Iltizam Selangor ini dibuka bermula 1 Ogos 2022.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Iklan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/ bermula 1 Ogos 2022.

Selain itu, borang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.

Baca juga Semakan penempatan Tahun 1 2023/2024, rayuan hingga 30 Ogos, berikut info ibu-ibu perlu tahu

Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:

Iklan
  1. Salinan sijil kelahiran anak
  2. Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  5. Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web https://anas.yawas.my/online/.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.