NETIZEN meluahkan rasa bengang selepas mengikuti kisah seorang lelaki yang tergamak menjadikan dua anak perempuannya sebagai hamba seks.
Lelaki berkenaan berusia 56 tahun dihukum penjara 428 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini atas 28 pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandung.
Bagi kesemua tuduhan tersebut, tertuduh dihukum penjara minimum empat tahun hingga 18 tahun dan keseluruhannya berjumlah 428 tahun manakala bagi sebatan pula setiap pertuduhan dihukum 10 sebatan dengan keseluruhan sebanyak 240 sebatan.
Bagaimanapun, kesemua hukuman itu berjalan serentak iaitu penjara selama 45 tahun dan hanya 24 sebatan.
Baca juga: Diberi yogurt beracun, nyawa 2 anak melayang, bapa tidak puas hati bekas isteri temui pengganti
Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah
Netizen meluahkan perasaan kecewa dan geram atas perlakuan yang dilakukan lelaki berkenaan.
-"Kalau isteri tidak ternampak perbuatan keji itu, sampai bilalah agaknya dia teruskan.. Anak-anak perempuan patut dilindungi dan dijaga.”
-"Apa yang difikirkan seorang ayah ini? Gelap masa depan anak, semoga bertaubat di penjara .”
-"Kasihan anak-anak yang menjadi mangsa. Panjang lagi jalan hidup mereka.”
-"Manusia semakin zalim, bapa yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga anak, dikhianati.”
-"Apabila nafsu serakah menjadi raja, rosak masa depan anak.”
Berikut adalah butiran lanjut mengenai kes berkenaan:
1-Berdasarkan 21 kertas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa merogol kedua-dua mangsa secara berasingan dengan 13 pertuduhan melibatkan mangsa berusia 19 tahun serta lapan lagi pertuduhan membabitkan seorang lagi mangsa yang kini berusia 15 tahun yang mana kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan.
2-Lelaki berkenaan turut didakwa atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 15 tahun dan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.
2-Selain itu, tertuduh juga berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun sama kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama serta satu lagi pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal.
Baca juga: Remaja dinoda 33 lelaki dalam 8 bulan, takut buat laporan polis kerana diugut
[caption id="attachment_93103" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
Photo by Alex Green: https://www.pexels.com/photo/faceless-muscular-ethnic-man-grabbing-wrist-of-girlfriend-during-dispute-5699780/
3-Berdasarkan fakta kes, kejadian terkutuk itu berlaku pada tahun 2015 dan ia terbongkar selepas isteri mangsa ternampak tertuduh sedang merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun di rumah mereka pada 5 September lalu.
4-Tertuduh yang mempunyai lima orang anak dikatakan menjadikan kedua-dua mangsa sebagai hamba seks selepas mereka mencecah usia 12 tahun dengan melakukan perbuatan terkutuk itu di ruang rumah termasuk atas sofa, ruang tamu dan tangga rumah.
Baca juga:Setahun dirogol, liwat, akhirnya bapa dan 3 abang dicekup. Derita remaja perempuan berakhir
Photo by Kindel Media: https://www.pexels.com/photo/close-up-shot-of-a-person-with-handcuffs-7785052/
5-Lelaki beristeri dua itu turut beberapa kali memaksa mangsa melakukan hubungan seks termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan remaja perempuan itu.
6-Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor di Taman Thamby Chik, Batu Berendam, Melaka selepas usia kedua-dua mangsa mencecah 12 tahun antara 24 September 2015 sehingga 5 September lalu.
7-Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan jahat itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami trauma sehingga takut untuk mendekati lelaki lain mahupun saudara mereka.
9-Nariman mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun selain sebatan juga dilakukan selain hanya 24 hukuman sebatan maksimum boleh dikenakan.
10-Dalam prosiding berasingan, tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap isteri dan anak-anaknya. Kesalahan itu memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.
Baca juga: Kes noda wanita 28 tahun lalu akhirnya terbongkar, anak bantu ibu heret suspek ke pengadilan
Sumber: Sinar Harian, Facebook Sinar Harian
Kredit foto utama: Photo by RODNAE Productions: https://www.pexels.com/photo/woman-s-palm-with-written-message-6003790/
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.