JENAYAH seksual di India sekali lagi menggemparkan dunia apabila seorang remaja perempuan telah diperkosa oleh 33 lelaki dalam tempoh lapan bulan.

“Semuanya bermula ketika seorang rakan gadis itu memperkosanya pada bulan Januari dan teman lelakinya membuat video kejadian itu.

“Lelaki berkenaan mula mengugutnya mengedarkan rakaman perbuatan terkutuk itu. Kemudian, rakan-rakan dan kenalan lelaki berkenaan pula bertindak merogol remaja berkenaan sekurang-kurangnya empat hingga lima kali di lokasi yang berlainan, “kata Pesuruhjaya Polis Maharashtra, Dattatray Karale.

CBS News melaporkan gadis berkenaan cuba menyembunyikan derita serangan seksual yang ditanggung kerana diugut sejak 29 Januari hingga 22 September lalu.

Selepas keluarganya melaporkan kepada pihak berkuasa, 28 orang suspek ditangkap termasuk dua orang di bawah umur yang akan didakwa sebagai kes juvana.

Gambar hiasan

Manakala 26 yang ditangkap Jumaat lalu telah didakwa di bawah pelbagai seksyen rogol dalam Kanun Keseksaan India, dan juga di bawah undang-undang yang lebih ketat: Akta Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual. Sekiranya disabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atau penjara seumur hidup.

Difahamkan, polis masih mencari lima lagi suspek yang disyaki terlibat jenayah seksual ini. Pasukan penyiasat khas yang diketuai oleh seorang pegawai wanita kanan sedang menyiasat kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, India mencatatkan kes keganasan seksual terhadap wanita yang tinggi. Walaupun undang-undang pemerkosaan baru-baru ini diperketat, negara tersebut melaporkan lebih dari 32,000 kes pemerkosaan dalam setahun.

Lebih menakutkan data kerjaaan India menunjukkan pada tahun 2019 rata-rata hampir empat wanita rogol setiap jam di negara ini yang berjumlah hampir 1.4 bilion orang. Angka-angka tersebut hanya menunjukkan kes-kes yang dilaporkan dan tidak termasuk kes-kes keganasan seksual selain rogol.

Gambar hiasan

Baca juga 25 Kali Isteri Lari Ikut Lelaki Berbeza, Suaminya Tetap Terima Kembali Sebab…

Iklan

Awal bulan ini, seorang wanita berusia 34 tahun di Mumbai meninggal dunia setelah diperkosa dan diseksa dengan kejam dengan sebatang besi.

Buat pengetahuan semua, undang-undang pemerkosaan di India dipinda selepas tragedi menimpa Jyoti Singh pada 2012 di New Delhi.

Pelatih paramedik itu dipukul, diseksa serta dirogol beramai-ramai ketika menaiki bas bersama rakan lelakinya yang turut menjadi mangsa dipukul.

Iklan

Jyoti yang berusia 23 tahun pada waktu itu disahkan meninggal dunia selepas dua minggu dirawat. Empat pesalah kes tersebut telah dijatuhkan hukum oleh pihak mahkamah pada bulan Mac 2020.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: CBS News

Foto: Freepik