Tak semestinya berijazah hantaran RM10,000, enggan berhutang untuk kahwin perkongsian wanita ini raih pujian netizen

Iklan
2

WANG hantaran adalah salah satu perkara menjadi perhatian dalam majlis perkahwinan. Malah ada dalam kalangan masyarakat yang menetapkan wang hantaran berdasarkan tahap akademik pengantin perempuan.

Mungkin ada dalam kalangan Raja Sehari yang perlu mengeluarkan kos yang besar untuk majlis.

Iklan
Iklan

Sementelah harga barangan yang meningkat, bajet majlis juga melambung. Namun bagi memenuhi kehendak keluarga, ramai bakal pengantin pasrah hingga perlu membuat pinjaman peribadi.

Bagaimanapun perkongsian wanita ini membuka mata ramai wanita. Enggan menjadi seperti segelintir masyarakat yang menggunakan pencapaian akademik dalam menentukan jumlah hantaran, pengguna TikTok Nadia Md Yusof berkongsi majlis perkahwinannya yang dilangsungkan mengikut kemampuan.

Iklan

Baca juga: Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

Iklan

Diijab kabul pada 22 Mei lalu, wanita yang memiliki ijazah sarjana muda itu mempunyai prinsipnya sendiri dan tidak meletakkan wang hantaran yang tinggi sebaliknya mengikut kemampuan.

Majlis akad nikah pula diadakan di pejabat agama kerana ia tidak perlu melalui proses permohonan yang yang melibatkan banyak pihak.

Baca juga: Hantaran kahwin punca tiga wanita di India tamatkan riwayat hidup. Ini kronologi kejadian

"Nikah di pejabat agama. Senang sebab tidak perlu memohon daripada banyak pihak jika mahu bernikah di masjid.

"Mas kahwin RM22.50 manakala wang hantaran ialah RM7,000 with degree. Jangan iktutkan cakap orang. Tidak semestinya jika memiliki ijazah perlu hantaran sekurang-kurangnya RM10,000” titipnya.

Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Nadia menyeru masyarakat tidak normalisasi perkahwinan di luar bajet pasangan pengantin.

"Ikut kemampuan kita sebab yang penting kehidupan selepas nikah. Kalau awal-awal sudah berhutang sebab hendak ikutkan ‘grand’ sama seperti majlis orang lain risau selepas kahwin jadi penyebab bergaduh, sebab stres hutang menggunung. Jangan normalisasi majlis perkahwinan di luar kemampuan,” katanya.

"Tidak berbaloi sehari habis berbelas-belas atau puluhan ribu untuk nampak gah pada mata orang. Sedangkan majlis kita selepas sejam dua orang sudah lupa,” katanya.

Baca juga: Lelaki 45 tahun pinang wanita 20-an, sanggup belanja hantaran tinggi dan hadiah mewah bernilai RM870,000 demi cinta

Perkongsian Nadia meraih tumpuan warga siber yang rata-rata mengimpikan perkahwinan yang sederhana sepertinya.

-"Bahagia kita, kita yang ciptakan sendiri. Bukan ikut cakap orang lain. Semoga berbahagia sis.”

-"Untung awak senang bernikah. Saya stres dengan keluarga hendak itu dan ini tetapi saya yang tersepit, senak fikir duit.”

-"Bagusnya dapat famili memahami. Kalau yang suka mendengar kata-kata orang, kita yang tersepit”

-"Acik suka tengok pernikahan seperti ini. Mudah dan ringkas. Semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke syurga.”

-"Sama seperti saya tidak tunang merisik sahaja. Kemudian semasa ijab kabul, nikah dan bersanding hari yang sama kerana dapat berjimat banyak perkara seperti segi solekan, busana dan kenduri makan.”

-"Saya memiliki ijazah sarjana muda dan kini sedang megikuti pengajian sarjana. Hantaran ditetapkan RM8,000 tetapi pihak lelaki menambah RM2,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM10,000. Tidak sangka mereka tambah pada saat akhir.”

Baca juga: Menantu kurang cantik, ibu mentua suruh batalkan perkahwinan

Justeru, usah keliru wanita. Wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara yang berbeza.

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan.

Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Pada kebiasaannya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri.

Wang hantaran merupakan adat dan ia tidak wajib.

Ia telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Setiap negeri, mempunyai nilai mas kahwin berbeza.

Terdapat negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibu bapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri.

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Sumber: TikTok @aidaneusofff

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi