MENANTU perempuan dan ibu mentua, sering dikaitkan dengan konflik. Seperti wanita di Tunisia ini yang terpaksa menerima hakikat perkahwinan dibatalkan gara-gara bakal ibu mentua mendakwa dirinya kurang cantik.

Tidak dinafikan restu ibu bapa amat penting kerana padanya terletak reda mereka. Namun tidak masuk akal jika perkahwinan anak dibatalkan semata-mata rupa fizikal menantu tidak memenuhi jangkaan ibu mentua.

Tidak hanya meminta majlis dibatalkan, wanita itu turut memberitahu menantunya, Lamia Al-Labawi rendah dan tidak jelita.

Baca juga: Pengantin Indonesia gayakan busana versi Malaysia raih perhatian, dipuji ramai

Baca juga: Bantuan Raja Sehari RM1,000 pasangan pengantin di Johor termasuk pemastautin, ini syarat mohon

Lamia ditinggalkan pengantin lelaki ketika majlis berlangsung

Difahamkan ibu pengantin lelaki hanya melihat gambar Lamia dan tidak pernah melihatnya secara langsung sebelum majlis itu.

Bagaimanapun, apabila melihat Lamia pada majlis perkahwinan, ibu pengantin lelaki tidak menyukai penampilan fizikal Lamia dan berkata wanita itu rendah dan tidak menarik berbanding anaknya.

Malah ibu mentua Lamia juga kemudian meminta anak lelakinya melarikan diri dari majlis dengan segera kerana tidak mahu ia diteruskan.

Pengantin lelaki mendengar arahan ibunya dan meninggalkan Lamia terkontang-kanting seorang diri ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Baca juga: Jiwa terseksa, bukan menantu pilihan

Tidak menjangka akan diperlakukan sedemikian, Lamia meluahkan perasaannya di laman sosial.

Lamia mengakui sukar baginya memenuhi ekspektasi semua orang. Di samping itu, dia yang juga sebatang kara sudah  mengeluarkan wang yang banyak untuk penganjuran majlis berkenaan.

“Mesej kepada Lamia Al-Labawi, pengantin perempuan yang suaminya lari meninggalkannya dan memilih untuk menyempurnakan majlis itu sendirian. Saya, Hedi Mejri, memutuskan untuk menulis kata-kata ini kepada anda, dan saya harap ia sampai kepada anda.

“Saya ingin anda tahu jangan takut dan malu menghadapi dunia ini. Anda bukan kehilangan seorang lelaki sebaliknya seorang lelaki tidak baik pergi daripada hidup anda,” titip bintang teater Tunisia, Hedi Mejri.

Baca juga: Wanita tertekan, seminggu kahwin mentua sudah minta buat ujian kehamilan

Warga maya rata-rata memberikan kata-kata semangat dan positif kepada Lamia.

Memetik ikim.gov.my, perkahwinan bukan perkara main-main yang boleh dipandang ringan. Ia melibatkan setiap inci perkara dalam kehidupan seseorang dalam meneruskan rutin hariannya.

Iklan

Disebabkan ia suatu perkara yang amat penting, maka Islam menyediakan satu medium yang bertujuan untuk memberi tempoh kepada kedua-dua belah pihak berkenalan dan melihat sejauh mana wujudnya potensi keserasian kepada pihak-pihak yang terlibat untuk membina alam rumah tangga dan keluarga.

Baginda Rasulullah SAW menyarankan supaya pertunangan yang dijalinkan itu agar dirahsiakan. Tujuannya agar maruah dan nama baik kedua-dua belah pihak dapat dijaga dan dipelihara sekiranya didapati tidak wujud persefahaman atau keserasian antara mereka yang terlibat. Ataupun, perkahwinan tidak dapat dilangsungkan atas sebab-sebab yang munasabah menurut syarak.

Baca juga: Lamaran pemuda Arab, doktor wanita terima mas kahwin RM300,000

Sekalipun pembatalan pertunangan perlu dilakukan oleh sebelah pihak, namun seelok-eloknya biarlah ia dilakukan secara yang berhemah dan beradab serta dilakukan awal sebelum pihak satu lagi membuat sebarang persediaan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Namun, sekiranya pembatalan pertunangan atau pemungkiran janji untuk berkahwin dibuat tanpa alasan munasabah, apatah lagi sebelah pihak telah pun membuat persediaan untuk mengadakan majlis pernikahan, maka berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang dinyatakan sebelum ini, pihak yang dimungkiri janji boleh membuat tuntutan ganti rugi melalui Mahkamah Syariah.

Iklan

Ganti rugi yang akan ditaksirkan oleh pihak mahkamah adalah berdasarkan kepada segala perbelanjaan dan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak berkenaan berhubung dengan majlis perkahwinan tersebut.

Pihak yang mungkir janji juga bertanggungjawab untuk memulangkan semula segala hadiah pertunangan yang diterima sekiranya ada. Dan jika barang tersebut sudah tiada atau lupus umpamanya makanan atau barang kosmetik yang telah digunakan, maka ia perlu ditaksirkan dan dibayar menggunakan wang sebagai ganti rugi.

Baca juga: Tanggungjawab menantu terhadap mertua. Ini yang perlu kita tahu

Sumber: Mirror UK, ikim.gov.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.