CUTI tambahan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin nanti pastinya mengujakan si kecil apabila dapat berjalan-jalan.
Tidak perlu berlibur hingga ke sempadan negeri kerana sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pun, terdapat destinasi jalan-jalan yang boleh melonjakkan adrenalin anak-anak.
Sambil cuci mata di pusat beli-belah, para ibu dan bapa boleh membawa mereka ke pusat aktiviti kanak-kanak yang bertemakan gim hutan, taman permainan indoor, superpark atau taman safari yang mengujakan.
Carian SinarPlus di laman sosial mendapati, banyak pilihan lokasi liburan yang sesuai untuk kanak-kanak menghabiskan masa seharian.
Berikut informasi yang dikongsikan:
1. Parenthood Playland
Alamat: Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, MyTown Shopping Centre, Toppen Shopping Centre dan Melawati Mall
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: RM29.50 (hari biasa) dan RM59 (hujung minggu)
Facebook: The Parenthood
Instagram: @theparenthoodasia
Baca juga Destinasi akuarium gergasi wajib singgah, lokasi nombor 4 memang popular dan puas hati
2. Waka Waka KL
Alamat: 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang (Selasa, Rabu dan Khamis tutup)
Harga: RM12 (hari biasa) dan RM15 (hujung minggu)
Facebook: Waka Waka KL
Instagram: @playatwakawakakl
3. Jungle Gym
Alamat: Atria dan Bangsar Shopping Centre
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Harga: Bermula RM25 hingga RM35 (kanak-kanak bawah umur 2 tahun), RM48 hingga RM66 (kanak-kanak) dan RM10 (penjaga)
Facebook: Jungle Gym
Instagram: @junglegymplayland
Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome
4. Kidzania Kuala Lumpur
Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang
Harga: Bermula RM48 hingga RM100
Facebook: KidZania Kuala Lumpur
Instagram: @KidZaniaKualaLumpur
5. kidzooona Malaysia
Alamat: Cawangan seluruh negara
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: RM 25 (hari biasa) dan RM30 (hujung minggu)
Facebook: kidzooona Malaysia
Instagram: @kidzooonaMalaysia
Mesti seronok si kecil jika dibawa berjalan-jalan ke tempat yang disenaraikan di atas kan?
Pastikan keselamatan anak-anak terjaga. Jangan biarkan mereka bermain tanpa kawalan ya.
[caption id="attachment_94280" width="800"] FOTO hiasan Canva.[/caption]
Paling penting, jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dan kalau boleh, para ibu pastikan anak-anak ada penjarakkan sosial.
Selamat bercuti!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi