SELAIN tarikan kawanan dinosaur, akuarium gergasi yang menempatkan lebih 1,000 hidupan ikan hiasan marin juga boleh melonjakkan keterujaan si kecil.

Kepada anda yang juga pencinta haiwan, tidak salah memilih untuk membawa ahli keluarga berlibur di tempat sedemikian ketika bercuti pada hujung minggu.

Selain dapat mengenali pelbagai jenis spesies ikan air masin, penyu, jerung, obor-obor dan banyak lagi, si kecil juga boleh belajar benda baharu.

Konsep berjalan sambil belajar dengan visual secara live sudah tentu membuatkan hari cuti si comel dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan!

Berikut enam destinasi jalan-jalan berkonsepkan akuarium hidupan laut yang boleh dikunjungi pembaca SinarPlus untuk aktiviti pada Sabtu dan Ahad atau bila-bila kelapangan:

akuarium gergasi

1. Galeri Pusat Ikan Hiasan Marin
Alamat: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 10 pagi hingga 4.30 petang
Tiket: Percuma
Facebook: Galeri Pusat Ikan Hiasan Marin

akuarium gergasi

2. Akuarium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR)
Alamat: Jalan Batu Maung, Batu Maung, Pulau Pinang
Waktu operasi: 10 pagi hingga 4 petang (Rabu tutup)
Tiket: RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)
Facebook: Akuarium, Batu Maung, Penang

Baca juga Bawa anak-anak lihat dinosaur secara dekat di Dinosaur Encounter. Pasti si kecil suka

akuarium gergasi

3. Akuarium Hidupan Marin Pusat Sains Negara
Alamat: Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Tiket: RM 6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak)
Facebook: Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Instagram: @PusatSainsNegara

akuarium gergasi

4. Aquaria KLCC
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Tiket: RM52 (dewasa) dan RM42 (kanak-kanak)
Facebook: Aquaria KLCC
Instagram: @AquariaKLCC

Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome

Iklan

akuarium gergasi

5. The Shore Oceanarium
Alamat: Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, Melaka
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 6.30 petang (Rabu tutup)
Tiket: RM40 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Facebook: The Shore Oceanarium Melaka
Instagram: @oceanariummelaka
Laman web: https://www.oceanariummelaka.com/

akuarium gergasi

6. Sea Life Malaysia
Alamat: Persiaran Medini Utara 3, Nusajaya, Johor
Waktu operasi:
Tiket: RM89 (dewasa) dan RM69 (kanak-kanak/warga emas)
Facebook: LEGOLAND Malaysia
Instagram: @legolandmalaysia
Laman web: https://www.legoland.com.my/

Iklan

Baca juga Rupa-rupanya banyak destinasi menarik di Pontian, Johor untuk dilawati. Ini 5 lokasi wajib pergi

Para ibu dan bapa boleh pilih lokasi berhampiran untuk membawa si kecil jalan-jalan sambil belajar.

Rancang perjalanan kalian dan jangan lupa amalkan kawalan kendiri bagi memutuskan rangkaian jangkitan wabak Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan