PENGACARA dan usahawan, Neelofa diketahui tidak mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum sejak dilahirkan.
Bagaimanapun, tular di laman sosial TikTok penyebaran foto seorang bayi yang didakwa sebagai Muhammad Bilal.
Menerusi video yang dikongsi portal hiburan tempatan, Neelofa menzahirkan kekecewaannya atas perbuatan warga maya yang tidak bertanggungjawab berkongsi foto Bilal kepada umum.
Neelofa menyifatkan perbuatan itu langsung tidak menghormati perasaan beliau dan suami, Haris Ismail.
Baca juga: Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan
Baca juga: Neelofa siap ambil kelas untuk Bilal, rupanya ‘sleep train’ banyak kelebihan
Neelofa menegaskan beliau dan suami sudah merancang untuk berkongsi wajah anak sulung mereka pada satu masa nanti.
"Memanglah akan sampai ke masa itu. Saya sudah rancang dengan suami bila waktu yang sesuai. Kenapa anda nak juga jadi yang pertama sebarkan?" tuturnya.
Baca juga: Lebih kurang period pain je- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal
Baru-baru ini tular di laman sosial foto bayi lelaki didukung seorang wanita dipercayai Neelofa.
Neelofa dan Haris yang bernikah pada 27 Mac 2021 menyambut kelahiran Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Baca juga:
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi