DOAKAN untuk anak-anak, sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah.

Doa ibu itu tiada hijabnya, rugilah jika kalian tidak gunakan kelebihan itu untuk sentiasa mendoakan anak-anak.

Setiap hari tidak kira siang atau malam, ambillah peluang untuk berdoa buat mereka sejak dilahirkan sehinggalah ke akhir hayat kita.

Seperti perkongsian pelakon dan pengacara, Neelofa, yang mendedahkan antara doa yang selalu diamalkan untuk anak lelakinya, Muhammad Bilal adalah ketika tidur dan menyusu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok @seorangnur, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan doa yang diamalkan setiap kali menyusukan Bilal pada awal pagi.

“Saya kalau bangun malam kan, terjaga pukul 4.30 pagi, Bilal minum susu kan, waktu 2.30 pagi dia akan menangis. Dia tak buka mata. Dia nak susu, kita bagi susu.

“Sama-sama tengok dia dalam gelap.. doa Ya ALLAH bagi la anak aku kesihatan dan kesejahteraan yang baik selamanya Ya ALLAH. Lindunginya dari segala musibah, kecelakaan, penyakit.

“Bagi dia sihat selalu, bagi dia keimanan yang baik dalam hati dia supaya dia boleh ikut suruhan ALLAH dan Rasul. Mesti doa saya itu lebih kepada kesejahteraan dia, keimanan dia.

“Itu antara doa favourite saya kalau bangun tengah malam,” kongsinya.

Baca juga Serah segala ketentuan kepada ALLAH – Mizz Nina

Menjengah ruangan, rata-rata pengikut terutama golongan ibu menyatakan mereka juga mempraktikkan doa yang sama.

Selain itu, ada juga yang berterima kasih dengan isteri kepada pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang tidak pernah kedekut dalam berkongsi ilmu pengetahuan.

Ujar mereka;

“Saya tak keseorangan rupanya… Saya selalu doa macamtu unttk anak-anak. Time dia tido dan menyusu.”

“Betul-betul. Time tidur muka mereka paling comel. Masa tu lar selalu baca doa. Baca 5 ayat surah ar-Rahman tiup dekat dia semoga lembut hati.”

“Insya-ALLAH, doa ibu mana-mana pun akan termakbul.”

“Selagi kita ni bergelar ibu masih sihat. Mulut ni ta akan lekang doakn kebaikn anak-anak. Tak pernah tinggal dalam satu hari pun.”

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

@seorangnur Doa buat anakanda Muhammad Bilal yang selalu Neelofa buat ❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ YA MAULANA YA ALLAH – Gt’Nata

Selain itu, ini doa yang boleh diamalkan ibu ayah buat anak-anak tersayang;

1. Doa Untuk Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Ibu bapa boleh mengamalkan membaca Surah Asy Syuraa, ayat 19.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. InsyaAllah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak ketika dia tidur.

2. Anak Akan Lembut Hati, Pintar Dan Soleh

Ketika memasak, sentialah basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.

Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”

Iklan

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Jika anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

3. Doa Untuk Menangani Anak Lasak Dan Nakal

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. Ingin Anak Rajin Solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab )hari kiamat)

Doa ini bagus dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.

Iklan

Amalkan membaca doa ini Insya-ALLAH anak-anak akan mengutamakan solat.

Baca juga Bagaikan mimpi, wajah Aisha Retno hiasi papan iklan digital di New York Times Square

5. Doa Supaya Anak Taat Perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.