Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
KEMATIAN adalah sesuatu yang pasti. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan saat itu.
Ini dinyatakan dalam nas dan telah difahami oleh semua manusia. Firman ALLAH SWT, maksudnya:
"Setiap jiwa pasti merasai kematian dan kepada Kami pasti kami dikembalikan.” (Surah al-Ankabut: 57).
Kematian itu datang secara tiba-tiba tanpa boleh disangka. Cara kematian juga tidak siapa yang tahu. Ia adalah rahsia ALLAH. Apabila tiba masa maka tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat.
Baca juga: 3 anak masukkan jenazah bapa sebagai content TikTok dikecam, bertentangan etika, akhlak Muslim
Secara umumnya, dalam pengurusan jenazah, perlu kita ketahui bahawa ada empat perkara penting perlu dilaksanakan iaitu mandi, mengkafankan, solat dan mengebumikan jenazah manakala hukum menguruskan jenazah ialah fardu kifayah.
Pengurusan jenazah dijalankan seperti yang lazim dilakukan bagi kematian biasa. Bagaimanapun bagi kes-kes kematian melibatkan mangsa kebakaran mungkin berbeza cara pengurusan jenazahnya.
Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud
[caption id="attachment_95231" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]
KAEDAH MEMANDIKAN MAYAT MANGSA KEBAKARAN
Berikut 10 info perlu anda tahu mengenai pengurusan mangsa kebakaran:
1-Hukum asal atau hak bagi jenazah adalah wajib dimandikan, sama ada mayat terbakar ataupun tidak. Sekiranya terdapat keuzuran seperti tahap kebakaran yang amat parah iaitu tahap ketiga (deep burn), tidak diperlukan air kerana dikhuatiri kulit yang melepuh akan tertanggal dan menyukarkan lagi keadaan.
2-Dalam keadaan ini ia boleh digantikan dengan tayamum. Ini adalah pandangan dalam mazhab Syafie. Dalil bagi para fuqaha adalah qias kepada keadaan orang yang hidup.
3-Sekiranya seseorang yang sihat berubah daripada wuduk dengan air kepada tayamum disebabkan keuzuran tertentu, maka dibolehkan ditayamumkan jenazah kerana keuzuran pada jenazah itu sendiri.
4-Imam Al-Nawawi rahimahullah apabila menjelaskan hal ini berkata:"Apabila terdapatnya keuzuran untuk memandikan mayat disebabkan ketiadaan air, atau jenazah terbakar, yang mana apabila ia dimandikan akan menyebabkan daging terpisah maka ia tidak dimandikan bahkan ditayamum.”
5-Tayamum ini wajib kerana ia adalah proses penyucian yang tidak berkaitan dengan menghilangkan najis. Wajib untuk beralih kepada tayamum ketika tidak mampu menggunakan air sama seperti mandi junub.
Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia
[caption id="attachment_95232" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]
6-Dalam Raudhah al-Talibin, Imam al-Nawawi juga mengulas hal yang sama. Menurutnya,"Jikalau seseorang Islam terbakar sekira-kira jika dia dimandikan dia akan hancur lumat, dia tidaklah dimandikan, bahkan cukuplah ditayamumkan."
7-Begitu juga Syeikh Nawawi al-Bantani rahimahullah menyebutkan:"Dan mayat yang tidak dapat dimandikannya kerana ketiadaan air atau seumpamanya, seperti jenazah yang terbakar jika dimandikan akan hancur, maka ia ditayamumkan."
Justeru, kesimpulannya pengurusan jenazah mangsa kebakaran bergantung kepada keadaan jenazah itu sendiri.
Jika keadaan jenazah tidak terlalu terjejas, elok disempurnakan dengan cara dimandikan seperti biasa. Bagi jenazah yang keadaannya tidak sempurna, cukup hanya ditayamumkan.
Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita. Ketahuilah, sakit bukanlah syarat kepada kematian
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Kredit foto utama: Berita RTM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi