PANIK dan sedih bercampur baur. Tidak dinafikan kekalutan  terjadi saat ahli keluarga meninggal dunia.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.

Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita. Ketahuilah, sakit bukanlah syarat kepada kematian

Kematian datang tanpa diduga, manusia tidak boleh lari daripada kematian. Masa, tempat, keadaan kematian telah ditentukan dan hanya menunggu sahaja tanpa diketahui. Ia boleh terjadi pada hari ini, esok atau bila-bila sahaja.

Baca juga:[VIDEO] Wanita Tionghua van jenazah buat ramai kagum. Perincian yang dibuatnya sangat ringkas, tapi jelas

Justeru, sekiranya kematian terjadi kepada orang terdekat, jangan panik sebaliknya lakukan lima langkah ini.

Terdapat adab-adab atau perkara yang perlu dipraktikkan dalam urusan jenazah seperti berikut;

1-Memejamkan kedua-dua belah mata.

Kredit foto: TikTok kamiada_

2-Mengikat dagu ke kepala dengan perca kain yang agak lebar supaya mulutnya tidak ternganga atau dimasuki serangga kecil dan lain-lain.

Kredit foto: TikTok kamiada_

3-Meletakkan jenazah pada tempat yang tinggi sedikit seperti katil.

4-Pastikan kaki jenazah dilunjurkan kaki ke arah kiblat.

5-Ikatkan kedua-dua belah ibu jari kaki dengan perca kain.

6-Tanggalkan pakaian dan tutup seluruh badannya dari kaki ke kepalanya dengan kain yang tidak begitu tebal.

7-Kedua-dua belah tangan jenazah hendaklah berada pada kedudukan seperti semasa solat.

8-Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kiri dan sebaik-baiknya ia diikat dengan perca kain supaya tidak terbuka dan terkulai ke bawah.

Kredit foto: TikTok kamiada_

9-Rapatkan kedua-dua belah lengannya ke badan dan kedua belah kakinya dengan perlahan-lahan supaya lembut sendi-sendinya dan mudah dimandikan.

10-Hendaklah diletakkan sesuatu objek yang agak berat sedikit di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut si mati supaya tidak membesar dan buncit. Pun geitu, elakkan mengguna al- Quran atau kitab agama.

Kredit foto: TikTok kamiada_
@kamiada_Kematian tidak mengira usia mahupun masa, tidak dipercepat atau dilambatkan walau sesaat♬ jangan pernah menyerah cover by andmesh kamelang – loisa

Bertenang dan jangan panik. Maklumkan kematian kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat bagi membantu pengurusan jenazah. Kemudian hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan berita pemergian si mati.

Iklan

Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah mendapatkan pengesahan meninggal dunia daripada doktor dan buat laporan polis. Permit pengebumian akan diperolehi sebagai kebenaran urusan pengebumian jenazah.

Menurut Jabatan Mufti Pulau Pinang, terdapat empat perkara yang perlu dilaksanakan oleh orang yang masih hidup apabila saudara Islam meninggal dunia iaitu;

  • Memandikan
  • Mengkafankan
  • Menyembahyangkan
  • Mengebumikan

Keempat-empat perkara ini wajib dilaksanakan dengan sempurna dan segera kecuali orang mati syahid.

Bagi ahli keluarga yang mampu, hendaklah segera membayar hutang si mati jika beliau memiliki hutang sama ada dibayar menggunakan harta peninggalan si mati atau pertolongan ahli keluarga itu sendiri. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:

“Sekiranya kaum keluarga tidak mampu membayarnya, maka terserahlah kepada ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun mengikut tujuan dan maksud semasa orang itu berhutang,” katanya.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA:

Iklan

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua membuat persiapan minda sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga terdekat.

Sumber: Jabatan Mufti Pulau Pinang, TikTok @kamiada_

Baca juga: Sediakan 40 liang lahad untuk jenazah Covid-19 sehari, penggali kubur terima Anugerah Tokoh Frontliner Khas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan