BERSALIN seminggu yang lalu, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.
Dr Amalina, 35 yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) berkongsi telah bersalin seminggu yang lalu.
Menerusi hantaran di laman sosial Instagram, Dr Amalina memuat naik foto beliau dan puteri sulungnya.
Baca juga: Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet teruja
Baca juga: Wow! Dr Amalina selebriti kedua muncul dalam Vogue Britain. Bukan calang-calang orang ya!
Warga maya rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya. Bahkan ada yang menegur penampilan Dr Amalina yang nampak bertenaga.
-"Tahniah Dr Amalina dan Alex atas kelahiran Arabella Mia."
-"Assalamualaikum Arabella Mia."
-"Tahniah doktor, gembira untuk Dr dan keluarga."
-"Comelnya, doktor nampak gorgeous tidak macam baru bersalin."
-"Alhamdullilah. Semoga membesar menjadi anak yang solehah berjasa pada ibu dan ayah."
Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.
Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021
Baca juga: Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina
Sumber: Instagram Dr Amalina
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.