Pengsan ketika dialisis, ibu Abby Abadi meninggal dunia

Iklan
gambar sekadar hiasan (1)

PENGSAN ketika menjalani rawatan dialisis, ibu kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi menghembuskan nafas terakhir.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi berita duka pemergian ibu tersayang menerusi laman sosial Instagram. Menurut Abby, ibunya, Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Baca juga: Anak Norman-Abby lahir dalam kereta kini dah genap 15 tahun

"Pada yang mengenali emak saya dan ingin datang ziarah, insya-ALLAH arwah Mak tersayang masih berada di KPJ Tawakal dan akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat untuk dimandikan selepas Zohor ini dan terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4," titipnya.

Iklan

[caption id="attachment_96245" width="800"] Kredit foto: Aisymom[/caption]

Baca juga:Kemunculan selepas 20 tahun, kumpulan Elite rakam lagu baru

Iklan

Lebih memilukan, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu mengenang kembali saat terakhir bersama ibu tersayang.

"Baru semalam saya duduk menghadap emak, masakkannya makan, belikan buah kegemaran emak, temankan emak makan, solat dan berbual. Hari ini emak sudah tiada.

"Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah emak saya dan mohon doa kalian agar emak ditempatkan disyurga terbaik disisi-NYA.

Rata-rata rakan selebriti dan warga maya menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.

Sebelum ini,Abby banyak berkongsi momen dan rutin beliau menjaga wanita ibunya.

Baca juga: Memahami pro dan kontra pemindahan buah pinggang, lebih baik daripada dialisis

Sumber: Instagram abbyabadi_112

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi