Kemunculan selepas 20 tahun, kumpulan Elite rakam lagu baru

A
A
A

"AKU bukannya selemah yang kau sangka, aku tak rela diseksa, haa! Beranikah lagi bersemuka, rasakan kuasa, tamparan wanita."

Masihkah korang ingat lagi suatu ketika di era 90-an lagu yang hangat dinyanyikan oleh kumpulan wanita hebat, Elite bertajuk Tamparan Wanita ini.

Setelah sekian lama menyepi hampir 20 tahun dan lima ahlinya membawa haluan masing-masing, kini telah membuat kemunculan kembali.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh kesemua ahli kumpulan Elite itu di Instagram iaitu Abby Abadi, Watie, Shasha Saidin, Azza dan Linda Rafar.

Wah! Siapa sangka kan. Setelah sekian lama dan kini bakal kembali dengan lagu baharu.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan mereka mengenakan busana jubah lengkap bertudung dan yang menariknya lagu yang dinyanyikan bertemakan ketuhanan.

Difahamkan, lagu yang berjudul Alhamdulillah ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu akan dapat didengar oleh peminat pada 11 April ini.

Dengarnya juga, dalam lagu tersebut turut bakal menyaksikan mereka menyanyi rap seperti lagu-lagu Elite sebelum ini.

Wow! Memang tak sabar nak dengar lagu mereka ni.

Kemunculan selepas 20 tahun, kumpulan Elite rakam lagu baru

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat sudah tidak sabar menunggu lagu tersebut dan turut tumpang gembira dengan kemunculan mereka.

firah8990 - Bila tengok gambar ni... terus teringat lagu tamparan wanita.

emmiehuda - The original ELITE is backkkkk!!!

iedapetax06 - My fav ever... If my teenage fren masih hidup dia mesti suka.I happy too. Tetap bergaya.

Baca juga 10 tahun menunggu, Irwansyah timang cahaya mata pertama

roseazmera - MashaAllah lagend is back!

ejaysalam - Tak sabar nak tunggu album Elite.

mariaantasha - Alahai tak sangka dapat tengok Elite versi muslimah.

Sama-sama kita nantikan ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca