KISAH wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan sambil menggendong anak OKU penglihatan tular sehingga mendapat perhatian penceramah dan aktivis masyarakat Ebit Lew.
Setiap manusia diuji dengan pelbagai masalah hidup. Namun adakalanya musibah yang berlaku kepada orang lain adalah ujian buat kita.
Wanita cekal, Azimah Rahim, ibu kepada cahaya mata yang mengalami masalah penglihatan, Zahirah, 6, menunggang motosikal untuk menghantar makanan sebagai mata pencariannya.
Baca juga: Kisah ‘rider’ wanita bawa anak OKU penglihatan hantar makanan jentik hati warganet
Kisahnya Azimah tular baru-baru ini selepas warga maya menyatakan kebimbangan terhadap anak kecil itu dibawa ibunya menggunakan penggendong sambil menunggang motosikal.
Azimah yang ditemui Ebit Lew menerima hadiah sebuah Produa Viva.
"Menangis kakak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan katanya, YA ALLAH anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
"Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” titip Ebit.
Baca juga: Makan nasi dengan minyak, air, ibu anak 8 duduk tepi jalan, Ustaz Ebit hadiahkan motor
Sebelum ini wanita itu telah menerima tajaan rumah sewa daripada Ebit. Tidak sekadar itu, pihaknya cuba mencarikan pengasuh buat Zahirah namun tidak berjaya.
"Syukur pada ALLAH, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah kakak ini dan anak kecilnya sehingga kini.
Baca juga: Kanak-kanak tinggal rumah usang separuh roboh, dihina hidup susah, Ebit bantu bina baru
Menurutnya kenderaan itu diberikan bagi memudahkan pergerakan Azimah mencari rezeki.
"Kami hadiahkan sebuah kereta supaya kakak ini (Azimah) boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta.
Januari lalu, SinarPlus melaporkan Azimah menerima sebuah rumah sewa daripada Ebit berserta kelengkapan kediaman seperti perabot, perkakas elektrik dan pakaian.
Warga maya menitipkan doa agar Azimah dan permata hatinya itu dan mengucapkan terima kasih buat Ebit Lew yang prihatin serta pantas menghulurkan bantuan.
-"Terima kasih Ebit Lew, moga terus kuat untuk membantu mereka yang memerlukan, dalam hidup kita di dunia ini, kita kena banyak bergaul, berkawan dengan orang susah supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Moga Azimah juga terus kuat untuk cari rezeki untuk sara keluarga.”
-"Masya-ALLAH seperti biasa Ebit terpantas membantu, moga jadi asbab kebaikan hidayah seluruh alam.”
-"Terima kasih UEL Alhamdulillah laju bantuan diberikan. Baru tengok tadi ditularkan fasal kakak ini.”
-"Berderai air mataku.”
-"Alhamdulillah, terima kasih ustaz.”
Baca juga: Sebak saat ziarah ibu bapa Zulfarhan, Ebit Lew hadiahkan tiket, pakej umrah sempena hari lahir arwah
Sumber: Instagram @ebitlew
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi