SESUNGGUHNYA setiap daripada kita mempunyai peranan dan kewajipan tersendiri yang perlu ditunaikan.

Sebagai anggota masyarakat, kita wajar membantu mereka yang kesusahan dan memerlukan.

Seperti yang dilakukan oleh aktivis masyarakat, Ebit Lew ini yang turun padang membantu kanak-kanak yang tular tinggal di sebuah kediaman separuh roboh.

Lebih menyedihkan, dalam video yang terdahulu kanak-kanak itu menceritakan pernah dihina kerana kesusahan yang dilalui.

“Adik Akid menangis ya, jangan sedih. Kita ada ALLAH,” demikian petikan luahan Ebit Lew ketika menziarahi sebuah keluarga yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Baca juga: #SiBibirMerah Rezeki 1 Ramadan, Ebit hadiahkan wanita bawa makcik naik motosikal roda 3 kereta ‘cash’

TINGGAL DI RUMAH SEPARUH ROBOH

Menerusi video dikongsikan Yayasan Kebajikan Muslim, MyFundAction yang terdahulu tular.

Paparan video terbabit bertujuan mengajak orang ramai menyumbang kepada tabung badan berkenaan untuk diagihkan kepada mereka yang dalam kesusahan.

Dalam video yang dipaparkan kanak-kanak bernama Akid tinggal bersama keluarganya di rumah hampir roboh itu sejak Oktober lalu.

DITUDUH MEMINTA

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak itu turut menceritakan pengalaman pilu dihina dan dituduh dia sebagai meminta-minta.

“Saya tak faham kenapa ada orang cakap macam tu, kenapa orang benci sangat kami.

“Saya kalau nak makan saya kerja, cuci tandas, cuci surau. Dapatlah RM6 sehari.

“Ada orang kata kami lapar kedarah (meminta), ambil duit orang. Akid tak ambil pun. Orang benci, tak tahu kenapa orang benci,” katanya meluahkan.

Difahamkan Akid mengambil upah mencuci tandas dan surau, kemudian menggunakan wang tersebut bagi membeli keperluan asas seperti bawang dan tepung untuk mereka sekeluarga.

Baca juga: [VIDEO]Pondok Buruk Di Celah Semak, Ebit Lew Terus Hulur Bantuan

BANTU BINA RUMAH BARU

Dalam pada itu, Ebit Lew menerusi laman sosial Instagram berkongsi video kunjungannya ke kediaman itu dan menghulurkan bantuan membina rumah baru buat keluarga Akid.

“Syukur kami akan bina rumah baru untuk akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru.

“Dua jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah,” katanya.

Semasa kunjungan, Akid terharu dengan kehadiran Ebit menitiskan air mata dan memeluk aktivis itu.

Iklan

“Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz,” titip Ebit.

Difahamkan semua pihak turun padang bersama-sama membantu keluarga kanak-kanak itu termasuk masyarakat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Warga maya tersentuh melihat kedaifan yang terpaksa dilalui Akid meluahkan rasa terharu dengan bantuan yang disalurkan Ebit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Malah rata-rata mendoakan kesejahteraan Akid dan keluarganya.

-“Ya Allah. Cemburu nya saya dengan UEL. Kalau saya sekaya dia belum tentu dapat seperti mana dia buat. Keep inspiring Ustaz. Allah sayang kita semua.”

Iklan

-“Alhamdulillah, terima kasih. Moga Allah murahkan lagi rezeki ustaz.”

-“Walaupun dia dihina orang sekeliling. Hati dia tetap kuat. Semoga dipermudahkan urusannya.”

-“Pagi tadi baru tengok video adik Akid ni. Lepas tu terus nampak post Ustaz. Alhamdulillah terima kasih UEL.”

-“Allahu Akhbar besar jihadmu, moga ALLAH memberikan terbaik buat Ebit Lew.”

-“Sebaknya, terima kasih hero Malaysia. Cepat bantuan sampai. Kebanyakan yang viral UEL sampai dulu.”

Baca juga: Hanya tinggal tangga, Ebit bina rumah baru buat nenek Rohana

angan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI