Rajin bersenam, minum kopi tanpa gula, rahsia sihat dan awet muda Nadia Annuar

Iklan
nadia (3)

NADIA Annuar pengacara yang cukup terkenal dengan kepetahan bila berbicara. Memiliki kulit putih bersih, tinggi lampai dan bertubuh langsing meskipun sudah punya anak dua menjadikan wanita ini kelihatan cukup sempurna.

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini memang sangat aktif dengan aktiviti kecergasan. Kesempurnaan yang ada pada dirinya tidak datang bergolek sebaliknya dengan daya usaha yang tinggi.

Iklan
Iklan

Wanita ini kerap berkongsi aktiviti senaman yang dilakukannya dilaman Instagram. Walaupun sibuk menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaan, Nadia tetap meluangkan masa untuk bersenam.

Ujarnya, amalan senaman membuatkan otak jadi lebih cergas, tubuh lebih cantik dan sihat. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari tidak bersenam.

Iklan

Baca juga: Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

[caption id="attachment_97247" width="800"] Foto: Instagram Nadia Annuar[/caption]

Iklan

"Aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja. Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam. Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala. Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas. Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi,” ujar Nadia.

TIDAK AMBIL MAKANAN DAN MINUMAN MANIS

Menurut Nadia, bagi mendapatkan daya stamina yang tinggi bukan hanya perlu bersenam sahaja tetapi pada masa sama perlu mengawal pola pemakanan harian. Penting untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

"Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama-kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.

"Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” kata Nadia.

Baca juga: Ramai ingat kembar tiga. Umur 46 tahun dan wajah seiras, ibu ini disangka sebaya anak

Baca juga: Nadia Annuar ganti Uyaina Arshad kendalikan Pencarian Nona Superwoman

[caption id="attachment_97248" width="800"] Foto: Instagram Nadia Annuar[/caption]

PERNAH ALAMI MASALAH GANGGUAN PEMAKANAN

Siapa sangka, Nadia pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan ketika berusia 26 tahun. Kongsi Nadia, masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.

"Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh. Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman,” jelas Nadia.

Nadia juga gemar mengumpul pakaian sukan. Beliau tidak kisah berbelanja besar untuk membeli pakaian sukan berjenama.

"Walaupun pakaian sukan berjenama ini agak mahal namun saya suka sebab boleh dipakai dalam tempoh yang lama. Selalunya warna pakaian sukan yang menjadi pilihan saya ialah warna hitam. Selain warna hitam, saya juga suka dengan warna-warna terang.

"Sebenarnya pakaian sukan yang selesa memainkan peranan penting kerana akan membuatkan tubuh kita nampak ‘kemas.’Saya memang memperuntukkan jumlah bajet yang agak tinggi untuk membeli pakaian sukan yang saya suka. Bagi saya, pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak yang ceria merupakan satu motivasi untuk saya terus bersenam,” kata Nadia.

Baca juga:Ramadan didik Nadia Annuar lebih bersederhana, terkenang momen indah berbuka puasa zaman kanak-kanak

Sumber: Instagram Nadia Annuar

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi