Langkah mudah buat sendiri pau kampung, lembut dan gebu, gerenti jadi

Iklan
pau kampung (4)

PAU kampung antara sajian kuih muih tradisional yang disukai oleh pelbagai peringkat usia. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan pau kampung enak dinikmati ketika masih panas. Memang sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.

Bila beli di kedai atau di restoran, pau selalunya tidak memenuhi cita rasa seperti tidak gebu, inti kurang dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Baca juga: Isteri bijak ‘bantu’ suami malu bawa bekal, tapau macam kedai

Baca juga: Resipi Donat Red Velvet tular tak perlu perap, guna sukatan cawan mudah dan sedap

Iklan

 

Iklan

Jika mahukan pau kampung yang lembut, gebu, sedap dan memenuhi cita rasa ‘tekak’ sendiri, apa kata anda cuba buat pau kampung mengikut resipi seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Ain Khamis ini.

RESIPI PAU KAMPUNG

Bahan-bahan:

330 gram tepung gandum Cap Sauh

50 gram gula

30 gram lelemak sayuran (shortening)

5 gram yis segera

Sedikit garam

180 gram air sejuk

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan dan uli hingga sebati menggunakan pengadun atau mesin pembuat roti. Boleh juga uli menggunakan tangan.

2. Bila adunan sudah sempurna diuli, timbang doh seberat 25 gm setiap satu dan bulat kemas-kemas.

3. Biarkan doh selama 15 minit kemudian letakkan inti yang disukai. Boleh guna inti serikaya, kari ayam, kacang merah, sambal bilis, sambal sardin dan bermacam-macam lagi. Bulatkan kembali doh.

4. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 40 minit kemudian barulah dikukus menggunakan pengukus selama lapan minit. Pau kampung yang sedap, lembut dan gebu sedia untuk dinikmati.

INFO:

- Berat doh 25 gm anda akan dapat 24 biji pau saiz kecil.

- Penggunaan shortening atau lemak sayuran bertujuaan untuk memutihkan pau. Jika anda menggunakan marjerin, doh pau agak kekuningan.

Baca juga: Resipi roti masak cara kukus, lebih lembut dan gebu berbanding bakar guna oven

Sumber: Ain Khamis

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi