MEMBAWA sendiri bekalan makanan ke pejabat menjimatkan. Tidak sekadar itu, kebersihan dan kualiti bahan yang digunakan juga terjamin.

Selain ibu, tiada siapa mampu lawan air tangan isteri sendiri. Meskipun hanya menikmati menu ‘simple’, sajian yang disediakan tetap terasa kelazatannya. Masa pun tidak perlu dibazirkan untuk membeli makanan di luar.

Bagaimanapun, amalan baik ini adakalanya menjadi ‘bahan’ usikan orang sekeliling.

Baca juga: “Selagi mampu, saya masak sahaja” – Ibu murid tular makan bekal mangkuk tingkat


Seperti kisah yang tular di Twitter ini. Rakam layar Facebook seorang wanita yang memaparkan foto bekalan suaminya yang dipek dalam bungkusan makanan.

“Hari pertama saya suruh suami bawa bekal, beria-ia belikan ‘lunch box’.

“Malamnya suami beritahu tidak perlu letak dalam bekas lagi. Officemate menyakat.

“Nah, esoknya saya buat stail kedai. Buat apa nak malu, janji kenyang dan jimat masa. Satu jam rehat tak perlu turun cari makanan,” titipnya.

Gambar hiasan

Wanita berkenaan turut berkongsi foto bekalan suaminya dibungkus di dalam kotak kertas yang lazimnya digunakan oleh restoran.

Foto berkenaan menjadi tular di Twitter. Warga maya rata-rata berkongsi bekalan yang disediakan untuk pasangan masing-masing.

“ Ni bekalan suami saya. Dia ok bawa bekal stail macam ni,” ciap pengguna Twitter @godmisfit.

Baca juga: Pelik murid datang sekolah setiap hari tak ikut penggiliran, masuk hari ketiga baru tahu rupanya…

“Ni bekal yang wife saya sediakan. Terpaling comel,” balas pengguna Twitter @ArifRidzuan_

“My bekal everyday. Waktu lunch boleh terus duduk di meja makan sambil menikmati makanan tanpa perlu beratur panjang dan membazirkan masa rehat yang ada,” ciap pengguna Twitter Nur Atikah.

“Satu nikmat apabila suami dapat makan air tangan isteri dan makan apa yang isteri masak. Ini bekal untuk suami saya,” ciap pengguna Twitter @nuramalinamurni.

Tidak kurang juga warganet yang menyelar tindakan sesetengah individu yang bertindak ‘membahan’ individu yang membawa bekal.

Iklan

“Hauk betul la orang yang masih lagi teruskan budaya menyakat officemate bawa bekal. Tuntutan hidup semakin tinggi kosnya. Janganlah ejek orang yang bawa bekal,” ciap @aeisynasir.

Tidak kurang juga yang berkongsi tentang penyediaan bekal makanan ke tempat kerja yang mengambil masa di waktu pagi.

“Selalu orang yang bawa bekal ni akan bangun pukul berapa nak siap masak semua? Tengah nak bajet masa sebab so far nak istiqamah bawa bekal,” ciap @melife.

Pengguna Twitter @myuniverse1306 memberikan tip penyediaan bahan lebih awal boleh mengelakkan kekalutan.

“Nak mudah sediakan bahan yang hendak dimasak waktu malam atau seminggu awal. Nasi masak malam, pagi tinggal masak lauk. Saya pelajar, pukul 5.30 pagi akan kejutkan kawan untuk memasak bekal,” ciapnya.

Iklan

Budaya membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja wajar dijadikan amalan dan alternatif bagi menjimatkan perbelanjaan seharian.

Malah ia juga memberi peluang kepada ahli keluarga menikmati makanan yang berkhasiat.

Walaupun menunya ringkas, ia memberi kepuasan tersendiri. Walaupun roti sekadar disapu kaya atau nasi berlaukkan telur goreng, ia sudah cukup untuk mengalas perut, manakala yang rajin boleh bertukar menu setiap hari.

Baca juga: Kanak-kanak baru belajar puasa disorok bekal, lemah hingga dibawa ke klinik, doktor cerita kisah sebenar

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI