DONAT Red Velvet kini menjadi kegilaan ramai. Masakan tidak, buka sahaja mana-mana laman sosial ‘kelibat’ menu ini akan muncul.

Berbicara tentang trend baldu merah atau lebih dikenali sebagai ‘red velvet’, ia bermula ketika Perang Dunia II yang tentera dan orang awam terpaksa mencatu makanan dan bekalan.

Produk penaik seperti gula dan mentega adalah sebahagian daripada catuan. Akibatnya, beberapa tukang roti memilih untuk menggunakan jus ubi bit merah ke dalam kek mereka yang menjadikan kek menjadi merah seperti baldu.

Baca juga: Resipi donat keju sedap gebu, elok jadinya

Kini banyak sudah menu yang menggunakan inspirasi ‘red velvet’ selain daripada kek. Terbaru adalah Donat Red Velvet yang sedang tular.

Pengguna Facebook Qien Aziz berkongsi resipi cara membuat donat ini menggunakan bahan yang disukat menggunakan cawan.

Lebih menarik, ia tidak perlu pengadun atau mesin pembuat roti, hanya uli menggunakan tangan!

BAHAN

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar yis
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil mentega atau majerin
1 biji telur
1 cawan air suam
Emulco red velvet secukupnya
Gula halus

LANGKAH PENYEDIAAN

1-Satukan tepung gandum,serbuk penaik, mentega dan telur. Gaul sebati.

2-Di dalam bekas lain, masukkan yis dan susu pekat ke dalam satu cawan air suam cawan.

3-Kacau sehingga bahan larut dan biarkan ia kembang.

4-Kemudian masukkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung gandum.

Iklan

5-Gaul sebati sehingga menjadi doh.

6-Bahagikan doh kepada beberapa adunan kecil dan dan bentukkan ia menjadi donut. Anda boleh juga menggunakan pencetak donat.

7-Kemudian panaskan minyak dan goreng ia sehingga masak. Toskan dan salutkan ia menggunakan gula halus, sedia untuk dihidang! Rangup di luar gebu di dalam.

Iklan

Baca juga: Resipi Semperit Red Velvet Cheese sedap

Sumber: Facebook Qien Aziz II

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi