SEBELUM ini tular donut Red Velvet yang menjadi kegilaan ramai pencinta makanan. Kali ini muncul pula Donut Dark Chocolate Charchoal. Di mana-mana platform media sosial, rata-rata warga maya berkongsi donut yang dikatakan rasanya cukup enak dan tentu sekali digemari anak-anak.
Bahan yang menjadikan Donut Dark Chocolate Charchoal berwarna hitam ialah serbuk arang (charcoal powder), serbuk koko dan pes kapucino (capucino paste).
Baca juga: Resipi Donat Red Velvet tular tak perlu perap, guna sukatan cawan mudah dan sedap
Kelainan yang ada pada Donat Dark Chocolate Charchoal ini menjadikan menu ini kini menjadi buruan ramai.
Melalui satu hantaran seorang pengguna Facebook, Che Azawimie Che Zahari, wanita ini berkongsi resipi dan cara-cara membuat donat ini.
Baca juga: Buat sendiri puas hati, ini resipi donut susu gebu gebas viral
RESIPI DONUT DARK CHOCOLATE CHARCHOAL
Bahan:
(Bahan untuk doh)
1 kg tepung roti (high protein flour) (BELI DI SINI)
12 gram yis (BELI DI SINI)
1 sudu makan gula kastor (BELI DI SINI)
1 sudu teh garam
1 sudu makan lemak sayuran (shortening) (BELI DI SINI)
1 sudu teh k-fine (bahan untuk melembut doh )(BELI DI SINI)
Bahan untuk pewarna hitam:
1 sudu teh serbuk arang (charcoal powder) (BELI DI SINI)
2 sudu besar serbuk koko (BELI DI SINI)
1sudu teh pes kapucino (capuccino paste) (BELI DI SINI)
Bahan salutan:
Sedikit gula kastor
Sedikit susu tepung (BELI DI SINI)
Minyak untuk menggoreng
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Masukkan semua bahan (kecuali bahan salutan) ke dalam mesin pembuat roti. Uli sehingga menjadi doh. Jika tiada mesin pembuat roti, boleh menguli campuran bahan-bahan dengan tangan.
2. Selepas semua bahan sebati, nipiskann doh dengan penggelek dan kemudian terap dengan acuan yang berbentuk bulat.
3. Rehatkan doh biar naik dan menjadi kembang.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh menggunakan api yang kecil.
5. Donat jangan digoreng terlalu lama bagi mengelakkan rasa pahit bila dimakan.
6. Biarkan donat suam sebelum disalut dengan gula kastor yang dicampur dengan susu tepung. Siap untuk dihidang!
Baca juga: Resipi donat keju sedap gebu, elok jadinya
Sumber: Che Azawimie Che Zahari
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi