BONIA, salah satu jenama kegemaran wanita di Malaysia melancarkan kedai konsep terbaharunya di pusat beli-belah 1 Utama Shopping, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Reka bentuk butik berkenaan sama seperti di IOI City Mall, Putrajaya yang menerapkan desain minimalis yang mencerminkan falsafah BONIA.
Tona kuning air yang menterjemahkan warna bumi, dinding beralun dan siling yang dilapisi stucco bertekstur dengan pencahayaan ambien lembut mendominasi ruang.
Lantai berkarpet teraccota mewah menyerlahkan lagi zon pembahagian premis berkenaan.
BACA LAGI: Baju berkualiti, kepuasan terjamin, butik Sacoor Blue kini dibuka secara rasmi di Pavillion KL
Ciri-ciri berkenaan diyakini dapat menyuntik mood para pelanggan untuk membeli-belah.
Menariknya lagi dengan jenama lokal itu, desain pada beberapa jenis beg, dompet, pouch, kasut termasuk aksesori kecil tampil dengan konsep dan corak lebih kontemporari, ringkas serta tampak elegan.
Pun demikian, BONIA masih mengekalkan siri monogramnya yang menjadi signatur mereka.
Menariknya lagi, label berkenaan turut mengetengahkan busana seperti jumper, blazer dan blaus.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi