Legakan sembelit tanpa guna ubat, boleh cuba petua wanita ini

Iklan
sembelit (4)

SEMBELIT adalah keadaan apabila seseorang mengalami kesukaran membuang air besar dan mempunyai tekstur najis yang sangat keras. Najis yang normal tidak bertekstur keras atau terlalu cair dan tidak menyakitkan apabila anda ingin membuangnya daripada tubuh.

Seseorang individu yang tidak membuang air besar melebihi tiga hari dalam seminggu sedang berhadapan dengan masalah sembelit.

Iklan
Iklan

Baca juga: Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri

Masalah kesukaran membuang air besar ini ini tidak boleh dibiarkan tetapi perlu dirawat kerana gangguan itu menjejaskan kesihatan dan mengganggu aktiviti seharian.

Iklan

Ada beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk melawaskan pembuangan najis tanpa perlu mengambil ubat-ubatan.

Iklan

Berikut petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Niza Hamid. Petua yang dikongsikan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Baca juga: Elak sembelit dengan cara semula jadi. Berikut 4 perkara dapat membantu

[caption id="attachment_98831" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]

1. Susu panas

Susu merangsang pergerakan usus dan membantu cepat masalah 'pembuangan'.

Caranya:

Pada waktu pagi ketika perut kosong, minum segelas susu panas. Jika tidak suka rasa susu, anda boleh menambah sedikit gula atau madu.

[caption id="attachment_98830" width="800"] Kredit foto: Unsplash[/caption]

2. Jus lemon

Jus lemon memang mampu melegakan kesukaran pembuangan air besar dan mudah untuk didapati.

Caranya:

Masukkan jus lemon secukupnya ke dalam segelas air suam. Lebih berkesan jika menggunakan air yang panas (tetapi jangan panaskan).

3. Cuka epal

Banyak manfaat cuka epal ini. Kalau boleh biar sentiasa ada di rumah. Cuka epal sangat cepat melegakan sembelit. Cuka epal juga membantu meningkatkan penghadaman selain mempunyai kesan positif terhadap kesihatan keseluruhan saluran gastrousus.

Caranya:

Campurkan dua sudu cuka epal dengan segelas air suam. Amalkan setiap kali sebelum makan. Boleh diamalkan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.

4. Air kosong

Ramai yang terlepas pandang. Kurang air adalah punca berlakunya sembelit dan penawarnya yang paling baik ialah banyakkan minum air masak. ‘Ubat’ mudah ini bukan sahaja membantu melegakan masalah sembelit tetapi juga bagus untuk kesihatan.

Baca juga: Elak sembelit pada kanak-kanak, ini petuanya

[caption id="attachment_98832" width="800"] Kredit foto: Unsplash[/caption]

  • Masyarakat di negara Jepun sangat memberi perhatian terhadap pengambilan air dalam kehidupan seharian. Mungkin ia adalah rahsia kesihatan dan panjang usia.

TIP MENCEGAH BERLAKUNYA MASALAH SEMBELIT:

- Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.

- Minum banyak air.

- Lakukan senaman secara berkala.

- Jangan menahan untuk membuang air besar.

- Ketahuilah bahawa tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.

- Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor.

Baca juga: Tip ajar anak 2 tahun bebas lampin, ahli terapi cara kerja kongsi caranya

Sumber: Niza Hamid, myhealth.gov

Kredit foto utama: Pixabay 1, 2, Unsplash 1,

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi