Setelah 24 tahun...ucapan syahdu Nurul Izzah kepada bapa tersayang tarik perhatian warga maya

Iklan
new izzah

TEKA-TEKI siapakah Perdana Menteri ke-10 Malaysia terjawab hari ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim terpilih setelah beberapa hari rakyat Malaysia menunggu dengan penuh kesabaran.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

Iklan
Iklan

Di sebalik itu semua, ucapan penuh syahdu disulami dengan semangat anak sulung Anwar, Nurul Izzah menarik perhatian warganet.

Iklan

Wanita yang pernah digelar Puteri Reformasi itu menerusi kapsyen dalam Instagramnya antara lain menzahirkan ucapan tahniah.

Iklan

Beliau antara lain berkata, selepas 24 tahun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, bapa beliau akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya.

Luah Nurul Izzah lagi, selepas bergelar Perdana Menteri atau dengan lebih tepat selepas upacara angkat sumpah, cabaran Anwar sedia menanti.

Antaranya dalam menyatupadukan rakyat dan pemimpin di negara ini, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu termasuk menarik pelaburan menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan.

BACA LAGI: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

BACA LAGI: Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya

Selain itu, Perdana Menteri ke-10 itu juga perlu memainkan peranan dalam membina ummah dan bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

Pada pengakhiran ucapannya, Nurul Izzah mengucapkan betapa beliau berbangga dan sentiasa mencintai bapanya.

 

Berdasarkan rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Nurul Izzah yang mewakili PH tewas kepada calon Perikatan Nasional-PAS, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi sementara Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, mendapat 32,366 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) meraih 473 undi.