MANIS penampilan ahli politik wanita, Nurul Izzah Datuk Seri Anwar sederhana ketika majlis akad nikah menjadi perhatian warga maya.

Perkahwinan keduanya bersama penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong baru-baru ini menjadi bualan ramai lantaran perihal empunya diri yang ringkas tetapi bergaya.

Baca juga: Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya

Baca juga: Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali

Lazimnya, bagi akad nikah, raja sehari akan memilih busana sedondon yang dilengkapi layah, tiara dan solekan lain daripada kebiasaan untuk menaikkan seri.

Namun Nurul Izzah berjaya membuktikan penampilan sederhana dengan solekan tipis sudah mampu menaikkan seri pengantin baru.

-“Kerana yang menunjukkan bahagia itu di riak muka, bukan busananya.”

-“Yang penting kahwin. Tudung bawal atau make up fancy atau tidak, just want to be married to the love of my life and live happily.”

-“Saya menghargai perkahwinan yang sederhana tanpa berbelanja mewah.”

-“Less is more.”

-“Yang penting tidak pakai inai.”

-“No make-up pula tu, kadang-kadang sesetengah orang nak nampak lain pada hari perkahwinan. Salute!”
“Humble dan simple.”

– “Trend macam ini yang patut dicontohi. Kahwin tidak perlu pening kepala.”

Nurul Izzah berkongsi berita perkahwinannya menerusi laman sosial 5 Ogos lalu. Pernikahan tersebut diwalikan sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Majlis berlangsung sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat.

Iklan

Baca juga: Sanggup ikat perut demi majlis kahwin gah, ketahui mahar terbaik dalam Islam

Ia merupakan perkahwinan kedua Nurul Izzah yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahir pada Mei 2003 dan berpisah pada tahun 2015.

Nurul Izzah memiliki dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, daripada perkahwinan terdahulu.

Iklan

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Sumber: Twitter yaniee @lady_bugg11

Kredit foto: Instagram n_izzah