NAMA pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly kembali hangat menjadi perbualan ramai. Umum mengetahui beliau menggalas tanggungjawab sebagai juri bersama Cef Adu dalam sebuah program masakan TV9, Dapur Tempur.
Wanita pemilik nama Sheila Rusly ini cukup sinonim dengan karakter yang tegas dan berterus-terang. Meskipun mungkin ada yang tidak dapat menerima sikap itu namun Sheila tidak ambil kisah kerana itulah dirinya yang sebenar.
Baca juga: Sheila Rusly tegas dan berterus-terang, tidak kisah jika karakter kurang disenangi
Baru-baru ini, tular satu sedutan video dari episod program masakan tersebut di media sosial. Kelihatan Sheila sedang memberikan komen masakan peserta namun nada suaranya yang tinggi menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama penonton rancangan tersebut.
Baca juga: 'Bunga keutamaan saya, cucu kini dalam carta nombor satu.' Sheila Rusly mahu bantu anak, menantu
Ramai yang tidak bersetuju dengan cara beliau menjadi juri dalam rancangan masakan tersebut. Rata-rata warga maya berpendapat bahawa Sheila sengaja mencipta drama serta terlalu emosi dengan menegur peserta-peserta program tersebut dalam nada sangat kasar.
Menerusi video yang dimuat naik dilaman Instagram, TV9, Malaysia, Sheila memberi komen ‘pedas’ kepada peserta. Situasi ini berlaku apabila masakan yang dimasak oleh peserta itu tidak berjaya menambat hati juri dan rasa masakan juga kurang enak.
Dalam episod itu juga, Sheila turut menegur peserta kerana potongan kepingan ayam saiz yang berbeza. Malah, Sheila telah meninggikan suara sambil menunjukkan ayam yang keras akibat dimasak terlalu lama.
Baca juga: "51 macam 31”- Sheila Rusly sambut ulang tahun ke-51, kekal awet muda dikagumi wanita lain
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya mengecam. Malah ramai menegaskan Sheila tidak sepatutnya menegur peserta dengan cara sebegitu.
Ramai di antara peserta program tidak mempunyai latar belakang dalam bidang masakan mahupun tukang masak profesional. Maka sewajarnya mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan, bukan komen yang menjatuhkan.
Berikut antara komen-komen warga maya:
-"Seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk mencipta drama atau menjadi tular. Jelas sekali, rancangan tersebut bukan pertandingan memasak profesional dan dia juga bukan seorang cef profesional, jadi keperluan untuk tidak menghormati orang seperti ini, bagi saya, adalah tidak wajar.”
-"Kenapa perlu marah macam itu. Sepatutnya beri komen dengan tenang,"ayam sepatutnya perlu potong ikut saiz dan jangan masak lama sangat nanti keras" janganlah marah begitu. Tidak sesuai untuk rancangan begini hendak menjerit dan marah-marah.”
-"Lebih suka Masterchef Australia. Beri komen penuh etika dan adab."
-"Allahuakbar…. Hilang budi bahasa kita. Tak salah untuk mengkritik tapi biarlah beretika.”
Baca juga: Cucu pertama Sheila Rusly, Bunga Elhaq, suami titip pesan anak jadi ayah yang baik
Sumber: TV9 Malaysia
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi