Luar biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing

Iklan
doktor veterinar (3)

LUAR biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing. Tidak seperti kebanyakan pasangan mempelai yang memilih lokasi seperti hotel, taman rekreasi, tepi pantai dan sebagainya, pasangan itu mencipta momen indah bersama si 'meow' untuk dikenang hingga ke anak cucu.

Pasangan doktor veterinar itu memilih pusat jagaan kucing jalanan sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya merupakan kaki tangan Bustana Kucing dan berkhidmat sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat ke semua kucing-kucing di situ.

Baca juga: Cecah usia 27 tahun, Guinness World Records iktiraf Flossie, kucing paling tua di dunia yang masih hidup

Iklan

Pasangan pengantin baharu ini telah pun selamat diijab kabul hujung November yang lalu.

Iklan

Usai ijab kabul, pasangan mempelai ini memilih untuk bergambar bersama hampir 1,300 ekor kucing di dalam sangkar utama.

Sama-sama kita doakan semoga hubungan yang baharu sahaja pasangan pengantin ini hubungkan diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-NYA.

Doakan juga moga mereka senantiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, kekuatan bagi menempuh dugaan alam rumah tangga dan semoga mereka berdua akan terus bersama Bustana Kucing, merawat kucing-kucing sakit.

Baca juga: Banglo 'kayangankkhas untuk kucing tersayang. Diperbuat daripada kayu palet bikin si bulus selesa

INFO TENTANG BUSTANA KUCING

1.Bustana Kucing terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.

2. Memelihara dan menempatkan kira-kira 1,300 ekor kucing terbuang dan memerlukan rawatan.

3. Seawal jam 8.30 pagi sehingga ke jam 12.00 tengah hari, kesemua si bulus di dalam sangkar utama akan bersarapan secara bergilir-gilir.

5. Kucing-kucing yang sudah lama menghuni sangkar utama akan memberi laluan kepada kucing-kucing baharu’ daftar masuk’ untuk makan dengan kenyang.

6.Bekas bagi mengisi makanan kesemua kucing di dalam sangkar utama ada banyak dan diletakkan di beberapa tempat sekitar sangkar utama.

7. Kucing-kucing akan diberi makan makanan basah dan makanan kering.

8. Ruangan pemulihan adalah salah satu cabang di bahagian rawatan yang terdapat di Bustana Kucing. Ruangan ini merupakan satu inisiatif yang diwujudkan bagi memantau tahap kesihatan kucing yang sakit dan lemah sebelum dilepaskan ke dalam sangkar utama.

9. Tempoh masa antara seminggu hingga dua minggu akan dihabiskan kucing di bahagian pemulihan namun bergantung kepada tahap kesihatan kucing juga.

10. Bustana Kucing sentiasa mengalu-alukan bantuan makanan daripada semua pihak untuk keperluan kucing-kucing di sini.

Baca juga: Kucing penjaga kubur, bawa pulang ke rumah, tetap suka tidur di tepi batu nisan

11. Bagi pihak yang berada di Perlis, boleh hantar terus bantuan makanan ke Bustana Kucing ataupun tinggalkan di bahagian kaunter masuk.

12. Bagi yang berada di luar Perlis, boleh membeli di kedai-kedai dalam talian dan menghantar menggunakan khidmat kurier ke Bustana Kucing.

13. Tiada kategori jenis makanan yang berjenama mahal atau murah ditetapkan oleh pihak pengurusan Bustana Kucing, asalkan makanan yang satu warna sahaja.

15. Walaupun bekalan makanan berkurangan, catuan makanan bagi kesemua penghuni Bustana Kucing tidak akan sesekali dilakukan. Pihak Bustana percaya rezeki yang tidak akan pernah putus sentiasa ada buat kesemua si bulus di sini.

16. Juadah istimewa penghuni Bustana Kucing ialah ayam rebus. Pihak Bustana Kucing pernah mendapat sumbangan sebanyak empat tan isi ayam oleh seorang dermawan dari Hatyai pada awal bulan September.

17. Seekor kucing berwarna oren dinamakan MamaYen kerana kucing tersebut merupakan salah seekor kucing paling lama tinggal di Bustana Kucing. Tidak pasti bilakah 'si oyen' ini akan mendaftar keluar dari Bustana dan mendapat kasih sayang daripada tuan baharu.

19. Anak-anak kucing yang dihantar atau diselamatkan tanpa ibunya, pihak Bustana Kucing akan menerima dan memberi kepada ibu susuan tumpang.

20. Kesemua kucing-kucing di bawah jagaan Bustana Kucing yang sakit akan dirawat setiap hari tanpa ada cuti daripada staf.

Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai

Sumber: Bustana Kucing

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi