Shah Rukh Khan tunai umrah kali pertama, foto pakai ihram tular

Iklan
SinarPlus (17)

PELAKON tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dilaporkan kini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Foto yang memaparkan aktor berusia 57 tahun itu memakai ihram tular di laman sosial Twitter.

Iklan
Iklan

Ciapan dari pengguna Twitter @saifpatel menunjukkan Shah Rukh memakai pelitup muka.

Baca juga: Shah Rukh Khan sambut hari jadi ke-57, ribuan peminat banjiri pekarangan rumah

Iklan

Sebekum itu Shah Rukh menerusi laman sosial Instagram berkongsi baharu sahaja tamat menjalani penggambaran filem berjudul Dunki di Arab Saudi.

Iklan

"Terima kasih kepada #SaudiArabiaMinistryOfCulture dan semua yang membantu jadual penggambaran #Dunki ini begitu lancar,” titipnya.

Suami kepada Gauri Khan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah Rajkumar Hirani bersama seluruh pelakon dan krew yang terlibat dalam pembikinan filem itu.

Menyifatkan penggambaran filem itu sebagai 'indah' Shah Rukh berterima kasih kepada kerajaan di sana kerana membenarkan mereka membuat penggambaran di lokasi-lokasi yang menakjubkan.

Baca juga: Kepulangan anak Shah Rukh Khan disambut meriah, peminat banjiri pekarangan kediaman, berpesta rai Aryan

Filem berkenaan yang dibintangi Shah Rukh dan Taapsee Pannu sebagai watak utama dijangka menjengah pawagam Disember tahun depan.

Selain 'Dunki', beliau juga akan muncul di layar perak dalam filem berjudul ‘Pathaan’ yang dilakonkan bersama Deepika Padukone dan John Abraham pada Jun 2023.

Selain Shah Rukh, aktor Amir Khan juga pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menunaikan ibadah haji bersama ibunya.

Baca juga: Pergi umrah bersama anak kecil, wanita ini kongsi tip, persediaan ibu bapa perlu buat

Sumber: Times of India, Twitter @saifpatel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi