Elak jangkitan Covid-19, Shah Rukh Khan halang peminat berkumpul

A
A
A

SABAN tahun, setiap 2 November, peminat superstar Bollywood, Shah Rukh Khan akan berkumpul di hadapan banglonya bagi melihat bintang kesayangan mereka melambai dari anjung sempena ulang tahun kelahirannya.

Bagaimanapun dek kerana penularan virus pandemik, Covid-19 yang melanda seluruh dunia, Shah Rukh Khan meminta peminatnya untuk tidak berbuat demikian pada tahun ini.

“Saya cadangkan kepada semua supaya tidak berkumpul kali ini. Tidak kiralah hari jadi saya atau apa pun.

“Hanya kali ini, kita meraikan dari jauh sahaja,” ujarnya menerusi satu tweet di Twitternya baru-baru ini.

Shah Rukh Khan ketika itu menjawab soalan yang bertanya apa perancangan ulang tahun kelahirannya kali ini, memandangkan pihak polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan termasuk di depan Mannat iaitu banglo milik bintang Dilwale itu.

SRKSuasana biasa apabila peminat berkumpul di hadapan banglo miliknya bagi melihat Shah Rukh Khan dari jarak dekat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca