DATUK Seri Nancy Shukri baharu sahaja diumumkan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan kaum Hawa sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting dalam arus perdana.
Bagi mengenali Nancy lebih dekat, SinarPlus kongsikan lapan info menarik tentang wanita hebat ini:
1- Nancy dilahirkan pada 5 Ogos 1961 di Kuching, Sarawak.
2- Anak kepada Shukri Mahidi dan Bibi McPherson, Nancy berketurunan Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau.
3-Beliau telah berkahwin dengan Kamil Misuari dan mempunyai tiga cahaya mata.
4-Nancy merupakan pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan Universiti Teknologi MARA - Universiti Ohio (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Hull, United Kingdom (1990) dan Diploma Pentadbiran Awam Institit Teknologi MARA, Shah Alam (1985).
5-Sebelum ini, ahli parlimen Santubong itu adalah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Beliau menyandang jawatan tersebut dengan tugas yang berat bermula dari 10 Mac 2020 ketika sektor pelancongan terjejas susulan penularan pandemik Covid-19.
6-Nancy pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet pada tahun 2013.
Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama
Baca juga: Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh
7-Beliau juga pernah memegang portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam tempoh beberapa bulan.
8-Dalam penglibatan politik, beliau memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan Setiausaha Pergerakan Wanita Barisan Nasional.
Kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Tempatan adalah perkembangan yang baik bagi kaum wanita negara ini sekali gus dapat membantu mengoptimumkan pembangunan potensi diri
Untuk info, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001.
KPWKM berkait rapat dengan wanita. Dalam visi sebagai peneraju utama dalam pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran, KPWKM mempunyai lima buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Institut Sosial Malaysia (ISM) danYayasan Kebajikan Negara (YKN) yang ditubuhkan pada tahun 1981.
Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan
Berikut senarai penyandang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak awal penubuhannya:
1-Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
17 Januari 2001 - 18 Mac 2008
2-Datuk Ng Yen Yen
19 Mac 2008 - 9 April 2009
3-Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
10 April 2009 - 8 April 2012
4-Datuk Sri Rohani Abdul Karim
16 Mei 2013 - 21 Mei 2018
5-Datuk Seri Dr Wan Azizah Datuk Dr Wan Ismail
21 Mei 2018 - 24 Februari 2020
6-Datuk Seri Rina Mohd Harun
10 Mac 2020 - 16 Ogos 2021
7-Datuk Seri Rina Mohd Harun
27 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
8-Datuk Seri Nancy Shukri
3 Disember 2022
Baca juga: Cantik, kurus dan muda, penampilan Rina Harun jadi perhatian
Kredit foto: Nancy Shukri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi