MENTERI Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan dalam pelantikan baharu kabinet sementelah sektor itu memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan dan pembangunan negara.

Kementerian Pendidikan yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian yang dekat di hati para wanita.

Ia Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Mempunyai matlamat untuk ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, kementerian itu juga beriltizam melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera di samping menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Baca juga: Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelapan, 8 info menarik mengenainya

Hampir dua minggu menantikan pelantikan Menteri Pendidikan, rakyat Malaysia rata-rata menyambut baik Fadhlina Sidek menerajui kementerian. Berikut 10 info menarik beliau:

1- Dilahirkan pada 16 Oktober 1977, Fadhlina merupakan ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal serta bekas ahli Dewan Negara dari 2021 hingga November 2022.

2-Memegang Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan   Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

3-Merupakan Senator Dewan Negara.

4-Profesion sebagai peguam syarie dan memiliki firma guaman, Fadhlina Siddiq & Associates.

5- Lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual serta menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Baca juga: Senarai penuh 28 menteri kabinet kerajaan perpaduan termasuk 2 Timbalan Perdana Menteri, 5 adalah wanita

Fadhlina merupakan satu-satunya wanita yang menjawat jawatan Menteri Pendidikan sejak ia ditubuhkan.

Berikut adalah senarai menteri pendidikan yang terdahulu:

1-Tun Abdul Razak Datuk Hussein (1955-1957)

2-Tan Sri Mohd Khir Johari (1957-1960, 1965-1969)

3-Datuk Abdul Rahman Talib (1960-1962, 1964-1965)

4- Tan Sri Abdul Hamid Khan (1962-1964)

5- Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub (1969-1970)

6-Tun Hussein Onn (1970-1973)

7-Tan Sri Mohammad Yaacob (1973-1974)

8-Tun Dr Mahathir Mohammad (1974-1978)

9-Tun Musa Hitam (1978-1981)

10-Tan Sri Amar Dr Sulaiman Daud (1981-1984, 1991-1995)

Iklan

11-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)

12-Datuk Seri Anwar Ibrahim (1986-1991)

13-Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (1995-1999)

14-Tan Sri Musa Mohammad (1999-2000)

15-Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (2004-2009)

16-Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009-2015)

17-Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II) (2013-2015)

18-Datuk Seri Mahdzir Khalid (2015-2018)

Iklan

19-Dr Maszlee Malik (2018-2020)

20-Datuk Seri Dr Radzi Jidin (2021-2022)

21-Fadhlina Sidek

Semoga kementerian ini terus unggul menyediakan pendidikan  berkualiti, insan terdidik dan membangunkan potensi diri anak-anak bagi memenuhi aspirasi negara pada masa hadapan.

Baca juga: 10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama

Kredit foto: Fadhlina Sidek

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi