GENAP dua minggu berlalunya Pilihan Raya Umum ke-15, seramai 28 orang menteri akhirnya dipilih bagi memegang portfolio masing-masing.

Sekian lama rakyat tertunggu-tunggu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan media membacakan nama-nama yang terpilih menganggotai kabinet kerajaan perpaduan.

Baca juga: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 suami dan bapa yang penyayang, 10 info menarik mengenainya

Kredit: Sinar Harian

Terdahulu mendedahkan akan mengecilkan saiz kabinet, Anwar mengemudi Malaysia dengan dua orang Timbalan Perdana Menteri.  Berikut adalah senarai penuh:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri 1 dan  Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri 2 dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains Dan Teknologi: Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Binti Shukri

Baca juga: Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelapan, 8 info menarik mengenainya

Kredit foto: Pexels

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Undangundang Dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman

Baca juga:Bekas jaguh taekwondo, Azalina kembali sertai kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick

Iklan

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir

Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang

Menteri Agama: Datuk Mohd Na’im Mokhtar

Menteri Belia Dan Sukan: Hannah Yeoh Tseow Suan

Iklan

Baca juga: Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh 

Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

Baca juga: Kenali Dr Zaliha Mustafa terajui KKM, 7 fakta Menteri Kesihatan Malaysia

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak): Datuk Armizan Mohd Ali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi