Ayah disangka kekasih gara-gara nampak stailo, awet muda, perkongsian lucu gadis ini raih perhatian

Iklan
new balqis

GARA-GARA memiliki wajah awet muda dan berpenampilan sentiasa stailo, Mohd Rizan Haron sering disangka teman lelaki kepada anak perempuannya.

Masakan tidak, walau usia sudah mencecah 48 tahun, Mohd Rizan kelihatan seperti orang muda, sedangkan sudah mempunyai enam anak!

Iklan
Iklan

Kisah lucu itu dikongsikan sendiri oleh anak sulung beliau, Balqis Najwa Mohd. Rizan, 23, menerusi ciapan di Twitter sehingga mengundang tumpuan ramai.

Iklan

Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

SinarPlus kemudian terus menghubunginya untuk mendengar sendiri ceritanya.

Iklan

Akui graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, ayahnya memang seorang yang suka tampil kemas dan segak dalam apa jua situasi termasuk bertugas di pejabat ataupun menghadiri majlis tertentu.

"Kalau diikutkan juga, ayah tidak mempunyai fesyen yang digemari secara khusus dan tertentu. Cuma ayah jenis yang gemar mengikut trend," katanya membuka bicara.

Baca ni ''Healing' versi wanita dewasa, Hanis Zalikha kongsi video anaknya buat rawatan kecantikan raih perhatian warga maya

Mengenai telahan khalayak yang kerap menganggap bapa beliau ialah kekasih hatinya, Balqis Najwa tertawa besar.

Ujar gadis itu, usikan tersebut sebenarnya sudah bermula sejak beliau di sekolah menengah lagi.

"Saya masih ingat satu insiden ketika saya di sekolah menengah. Umur ayah waktu itu dalam 30-an. Ayah selalu jemput dan bawa saya ke gerai makan. Kebetulan terserempak dengan pelajar senior lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah abang kepada rakan karib saya.

"Disebabkan dia (abang rakan karib) jarang melihat kami berdua termasuk rakan-rakannya yang lain, mereka beranggapan saya keluar bersama kekasih. Keesokan harinya, timbul khabar angin kononnya saya keluar dengan kekasih sedangkan itu ayah saya," tuturnya sambil tertawa.

Hal yang sama berlaku ketika Balqis Najwa berada di menara gading.

Rakan-rakan sekampus selalu fikirkan si bapa ialah pak cik atau abang gara-gara wajah lelaki itu tidak selari dengan usia.

"Bukan hanya kawan-kawan saya, malah ada juga kenalan ayah menyangka saya ini adik ayah yang bongsu kerana penampilan ayah nampak lebih muda daripada muda sebenar," ungkapnya sambil mengakui beberapa kali menerangkan hal sebenar, namun masih ada yang tidak percaya.

REAKSI BAPA

Biarpun timbul tanggapan yang kurang menyenangkan, baik dirinya, ayah mahupun ibu tersayang, Noor Raihan Jamek, mereka semua tidak kecil hati, sebaliknya hanya tertawa.

"Penerimaan ayah, biasa sahaja. Sememangnya ayah memang suka bergurau. Beliau juga yang meminta saya memuat baik foto kami berdua kerana dirinya yang muda.

"Tidak sangka gambar tersebut mendapat perhatian orang ramai. Ibu juga terkejut kerana ramai antara kenalan yang memaklumkan bahawa kisah ayah tular di media sosial," katanya.

Sedikit tentang belakang pasangan Mohd Rizan dan Noor Raihan, mereka berdua

mendirikan rumah tangga sekitar umur 23 tahun.

Balqis Najwa dilahirkan setahun selepas itu. Sementara adiknya yang bongsu baru mencecah lima tahun.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Mohd Rizan ialah seorang penghulu mukim, sementara Noor Raihan bekerja sebagai guru.

"Seperti yang diceritakan kepada saya, mak ayah sudah lama mengenali antara satu sama lain sebelum sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda," ujar.

Ditanya apa rahsia si bapa nampak sentiasa smart dan tidak makan umur, Balqis Najwa menyenaraikan banyak petua.

Paling penting, lelaki yang begitu nampak maskulin itu sangat mementingkan pengambilan makanan yang sihat.

Beliau juga sentiasa kurangkan minum air manis sejak kecil.

"Jika ambil pun kira ada cheat day. Malah, ayah juga suka makan sayur dan ulam-ulaman.

"Ulam paling digemari ialah daun pegaga selain pucuk tenggek burung dan daun selom serta ulam raja. Jika hidangan tiada ulam-ulaman, biasanya ada sayur mentah seperti kubis," kongsinya.

Pada zaman persekolahan, Mohd Rizan suka bermain bola keranjang dan badminton.

Selepas berkahwin, beliau suka berjoging pula.

"Memandangkan sibuk dengan tugasan harian, ayah menggunakan masa berjalan kaki pada setiap hujung minggu sekurang-kurang 5,000 langkah dengan hanya berjalan-jalan di pusat beli-belah dan sebagainya," jelasnya seperti tidak berahsia apa-apa pun.

KAHWIN AWAL

Kepada SinarPlus, Balqis Najwa mengaku bahawa beliau juga bakal mengikut jejak langkah ibu bapanya apabila dijadualkan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagi gadis itu, perkahwinan pada usia yang muda bukanlah janggal bagi generasi terdahulu. Mungkin orang zaman sekarang sahaja yang nampak luar biasa.

"Pada awalnya, ayah dan ibu ingin mencarikan bakal suami untuk saya. Bagi mereka, umur seorang perempuan seperti saya kini sudah layak berkahwin dan mempunyai anak.

"Pun begitu, saya menolak dengan alasan ingin fokus pada sesi pengajian saya, tetapi setelah beberapa tempoh waktu, saya berkenalan dengan seseorang dan kami kemudiannya membuat keputusan untuk berkahwin. Keluarga kedua-dua belah pihak juga setuju," kongsinya.

Anak kelahiran Selangor itu turut memberitahu, tunangnya berusia 26 tahun dan mereka kini mengusahakan sebuah kafe bernama Triplets Cakery's.

"Kafe tersebut terletak di sebelah rumah tunang. Beliau menguruskan bahagian pengurusan dan pengeluaran, manakala saya fokus kepada bahagian pemasaran," katanya.

Tanpa berselindung, beritahu Balqis Najwa, mereka berdua mengusahakan bisnes tersebut demi mengumpul duit kahwin.

Mengikut skedul, majlis akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

"Kami jual brownies nak dekat setahun, selain itu kami turut menyediakan menu tambahan seperti nasi lemak basmathi, mi rebus, sup kambing dan kopi," ujar Balqis sebelum menutup perbualan.

Sumber: @Kiselwitxh_

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi