”Healing’ versi wanita dewasa, Hanis Zalikha kongsi video anaknya buat rawatan kecantikan raih perhatian warga maya

TELATAH comel si cilik bernama Alisa Aisyah sering mengundang perhatian ramai.

Anak kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen itu sering memaparkan aksi yang menghiburkan terutama menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial.

Terbaharu, Hanis berkongsi satu rakaman anak perempuannya itu menerusi aplikasi TikTok.

Ia menyaksikan gelagat Alisa yang kini berusia tiga tahun sedang membuat rawatan kecantikan.

Video yang berdurasi 11 saat tersebut memaparkan adik kepada Yusuf Iskandar kelihatan memakai topeng muka untuk penjagaan kulit wajah.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Gayanya yang cukup bersahaja dan santai sambil menerima rawatan kuku juga buat ramai terhibur.

Biarpun tidak menjelaskan dengan terperinci lokasi si cilik itu mendapat ‘belaian’ persis seorang wanita dewasa itu, ramai yang meneka Alisa sedang berada di sebuah spa.

Video tersebut meraih perhatian ramai dan sehingga kini meraih lebih 707,000 tontonan.

Sekitar 500 komen yang ditinggalkan netizen juga menyatakan keterujaan mereka dan terpegun melihat penampilan Alisa yang berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya.

Baca lagi ‘Super aktif, mahu pengsan maknya.’ Kongsi sambutan hari lahir anak kembar, luahan hati Dr Halina bikin ramai terhibur

Berikut SinarPlus kongsikan komen yang dititipkan warga maya menerusi laman TikTok berkenaan:

“Healing saya waktu kecil ialah main masak-masak dalam kuali buruk milik mak.”

“Takut lah tengok cara Alisa healing. Another level yang lain daripada yang lain.”

Iklan

 

“Healing saya masa kecil tangkap berudu. Anggap ikan keli.”

“Wah! Alisa punya ‘Don’t Bother’ sambil tengok kuku tu memang tak terkalahkan.”

“Siapa healing kat pantai tu? Tengok budak kecil ni, dah melawan hukum cara healing.”

“Bestnya ada anak perempuan.”

@haniszalikhaHealing versi gegirl♬ OHH WHOO IS SHEEEE – idk

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Hairul Azreen pada Jun 2015.

Iklan

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.

Bukan calang-calang budak Alisa ni. SinarPlus pun terksemia tengok gayanya tu.

Orang lain healing di pantai atau sungai, si kecil ini pilih spa, memang lain daripada yang lain kan.

Sumber: TikTok Haniszalikha

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi