#SiBibirMerah: Suami, isteri, hilang bahagia bila tiada lagi kemesraan

Iklan
suami isteri bulan ramadan (2)

#SiBibirMerah: Suami, isteri, hilang bahagia bila tiada lagi kemesraan

RUMAH tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Rumah tangga yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur.

Iklan
Iklan

Tiada pasangan yang mengimpikan sebaliknya. Namun, ia bukanlah suatu yang mudah.

Kedua-dua suami dan isteri haruslah saling berusaha dan melaksanakan peranan masing-masing bagi membina rumah tangga bahagia yang diimpi.

Iklan

BibirMerah setuju dengan satu perkongsian Firdaus Syakirin yang mengatakan kebahagiaan hilang bila tiada lagi kemesraan dalam rumah tangga.

"Suami sibuk, isteri pun sibuk. Suami makan sorang, isteri pun makan sorang. Suami kat ruang tamu sorang, isteri pun kat dapur sorang.

Iklan

"Suami mengadap telefon sorang, isteri pun mengadap telefon sorang. Duduk serumah, tidur sekatil, tapi kemesraan itu dah makin hilang hari demi hari.

"Nak kata makin lama berumah tangga, makin tak mesra tu normal, tak boleh juga. Nak kata makin tua kita, makin tak rasa nak bermesra tu biasa, pun tak boleh juga.

"Sebab hati masing-masing itu perlu diisi dengan kasih sayang, gelak tawa, gurau senda,"tulisnya.

Dengan kemesraan, tali hubungan antara suami isteri akan sentiasa menjadi erat.

"Ini pengikat hubungan, ini yang membuatkan hubungan itu mampu kekal untuk tempoh yang lama, iaitu kemesraan.

"Kita lupa nak bermesra dengan pasangan bila dah sibuk dengan urusan masing-masing.

"Kita rasa macam tak ada masa nak buat semua tu, lama-kelamaan, kita dah kurang mesra antara satu sama lain dan kebahagiaan itu mulai hilang.

"Benda kalau dah hilang, nak 'cari balik' tu bukannya senang. Renung-renungkan," kongsinya.

Bibir Merah berharap suami dan isteri di luar sana, renungkan kembali, adalah kita dalam situasi yang sama?

Berubahlah suami mahupun isteri sebelum terlambat untuk selamatkan rumah tangga kalian. Bahagia sukar dicari namun senang untuk 'dicerobohi'.

Baca juga #SiBibirMerah: Kesetiaan isteri dorong kejayaan suami, 3 wanita berdiri teguh di belakang pemimpin hebat

Suami isteri boleh juga mempraktikkan tip rumah tangga bahagia mengikut para Nabi;

1. Melapangkan masa buat pasangan walau sesibuk mana pun

Apabila masing-masing suami dan isteri sibuk dengan kerjaya dan kegiatan setiap hari, kadang-kadang tidak ada lagi masa tersisa untuk diluangkan bersama pasangan.

Hal ini menjadikan pasangan semakin menjauh dan terbiasa melakukan semuanya sendiri. Berkurangnya interaksi dan kemesraan antara pasangan.

Nabi Muhammad SAW menjadi contoh dan memberi teladan kepada kita agar tetap melapangkan masa buat pasangan walau sesibuk mana pun kita. Jika dilihat jadual kehidupan harian Rasulullah yang begitu padat dek kerana tanggungjawab yang dipikulnya sebagai Rasul Allah, ketua negara, komander perang dan imam di Masjid Nabawi menjadikan Baginda individu yang paling sibuk.

Namun sebaliknya apa yang kita dapat pelajari dari kisah Nabi SAW dengan isteri Baginda Safiyyah adalah Baginda akan melapangkan masanya buat si isteri. Suatu hari ketika Safiyah mencari Baginda kerana ingin meluahkan masalah yang dihadapinya, Safiyyah mendapati Baginda sedang beriktikaf di masjid. Apabila menyedari Saffiyah RA datang, Baginda SAW melapangkan masa untuk mereka berbincang sehingga selesai dan menemani Safiyyah pulang ke rumah.

Demikianlah contoh bagaimana Rasulullah SAW tidak menjadikan kesibukannya sebagai alasan untuk tidak meluangkan masa buat isterinya. Apa lagi memarahi isterinya kerana menggangu ibadah Baginda. Inilah hasil didikan dari al-Quran. Segala apa yang Baginda lakukan adalah tafsiran daripada al-Quran.

Baca juga Isu suami dayus biarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, cara Ustaz Azhar Idrus dipuji

2. Suka bersembang dan mendengar pasangan dan anak-anak

Komunikasi dalam perhubungan umpama oksigen pada kehidupan. Ia terlalu penting, tanpa oksigen manusia akan mati.

Begitu juga dalam sebuah perhubungan keluarga, tanpa komunikasi menjadikan rumah tangga itu akan semakin hambar dan banyak masalah lain akan timbul.

Kita dapat pelajari sikap ini dari kisah Nabi Ibrahim dengan anaknya. Suatu hari Baginda diperintahkan oleh ALLAH untuk menyembelih anaknya. Perintah ini dapat dilihat dalam ayat 102 Surah al-Saaffat yang bermaksud;

"(Ibrahim berkata) wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu, maka telitikanlah apa pandangan kamu."

Jika dilihat daripada ayat ini, perintah menyembelih anaknya adalah datang daripada ALLAH. Baginda boleh sahaja melakukanya serta merta sebagai bukti ketaatan Baginda kepada ALLAH tanpa meminta izin anaknya, namun sebagai seorang ayah yang begitu menghargai anaknya, Baginda bertanya pendapat anaknya terlebih dahulu. Apakah pendapat anaknya itu mengenai perintah ALLAH tersebut. Baginda mendengar pendapat anaknya.

Selain itu, kita dapat tengok juga dalam Kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf. Nabi Yaakub merupakan seorang ayah yang begitu rajin bersembang dengan anaknya. Oleh kerana itu, ketika mendapat mimpi yang tidak difahami Nabi Yusuf, Baginda boleh menceritakan dan meminta pendapat ayahnya.

Yang bermaksud : (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

Berinterkasilah sesama pasangan dan anak-anak. Luangkan masa untuk bersembang setiap hari. Bertanyakan khabar, meminta pendapat dan apa sahaja perkara yang boleh dibualkan. Simpan seketika gadget kita. Budaya bersembang ini perlu diterapkan dari awal bersama pasangan atau keluarga agar ketika anak besar dia sudah terbiasa dengan budaya ini. Hal ini dapat membina kepercayaan kepada si anak untuk berkongsi masalah yang dihadapinya dan meminta pendapat ibu serta ayahnya.

Banyaknya bersembang dan mendengar juga menjadikan kita akan lebih memahami perasaan dan fikiran pasangan atau anak-anak. Apa yang mengganggu fikirannya atau apa yang terbuku di hatinya. Suasana ini dapat menjemput barakah dan syurga masuk ke rumah kita.

3. Memelihara keaiban dan rahsia pasangan

Di zaman serba canggih dan segalanya di hujung jari ini, tip ini seringkali kita terlepas pandang. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan aplikasi ‘story’ di Whatsapp, Instagram, Facebook dan juga di sosial media yang lain. Kita jadi mudah berkongsi kehidupan harian kita. Tanpa sedar mungkin ada rahsia pasangan atau sesuatu yang tidak digemari pasangan yang telah kita kongsikan walaupun tujuan asalnya hanyalah sebagai bahan mencuit hati atau inspirasi kepada orang lain.

Ini dapat dilihat dalam surah an-Nisa’, ALLAH menyebut antara ciri suami dan isteri yang soleh di akhir zaman ini adalah isteri yang memelihara diri dan keaiban suami ketika ketiadaan suaminya.

Yang bermaksud: Maka perempuan-perempuan yang saleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).

Kita boleh mengambil iktibar juga dalam surah at-Tahrim apabila ALLAH menegur para isteri Nabi SAW dengan tegas. Bukan hanya dalam satu dua ayat tetapi hampir keseluruhan isi surah ini membicarakan peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku apabila Hafshah RA telah berpakat dengan Aisyah RA untuk mengatakan bahawa mulut Rasulullah SAW berbau kerana makan madu di rumah isteri Baginda SAW, Zainab RA. Padahal tidak berbau pun mulut Baginda SAW. Lalu Rasulullah SAW memberitahu kepada Hafshah RA,"Hari ini aku haramkan madu daripada mulutku, kerana kamu telah menghidunya.” Baginda SAW meminta Hafshah RA merahsiakan namun Hafshah RA tetap memberitahu Aisyah RA.

Baca juga Wanita yang jadi mangsa dera suami diminta jangan terlalu naif, apalagi cepat mengalah!

Kita memahami dari kisah ini, apa yang suami minta rahsiakan, harus dijaga dengan rapi. Bimbang menjadi aib buat suami jika kita mengongsikannya walaupun kepada rakan baik atau ahli keluarga. Jangan mengambil ringan perintah ini. Kedamaian rumah tangga boleh tergugat kerana perkara ini. Mungkin kelihatan kecil tetapi inilah tanda penghargaan dan penghormatan kita kepada pasangan. Gembirakanlah pasangan dengan menjaga aib dan rahsianya serta hanya berkata perkara yang disukainya.

Rumah tangga yang bahagia bukanlah yang sempurna segalanya, tetapi yang setia menyayangi dan berusaha menambah baik setiap hari tanpa jemu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.