'Segera peluk pasangan jika merajuk.' - Yana Samsudin kongsi 8 tip rumah tangga harmoni

A
A
A

RUMAH tangga yang bahagia dan harmoni ibarat syurga dunia. Kedamaian dan kasih sayang adalah teras utama dalam hubungan suami isteri. Pelakon, Yana Samsudin berkongsi tip keharmonian rumah tangga yang diamalkan.

Keharmonian rumah tangga dapat dinikmati dalam suasana sakinah apabila pasangan suami isteri berlaku adil dan saling menunaikan hak dan kewajipan selaras dengan tuntutan agama dan kesepakatan bersama.

Baru-baru ini sempena perkahwinan adik bongsunya, melalui hantaran dilaman Facebook dan Instagram, Yana berkongsi tip rumah tangga sebagai pesanan daripada seorang kakak kepada adiknya. Jelas Yana, suami isteri perlu menggunakan diplomasi dan demokrasi dalam melayari rumah tangga dengan sebaiknya.

Baca juga: Mak, abah dan semuanya, tolong kuat ya. Kami jauh.. – Yana Samsudin

Berikut lapan resipi membina rumah tangga yang harmoni seperti yang dikongsikan oleh Yana Samsudin. Moga tip rumah tangga bahagia yang dikongsikan oleh Yana ini dapat kita jadikan panduan bersama.

1.Sentiasa solat berjemaah.

Selepas solat, kongsilah bersama-sama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam, belajar sama sama sempurnakan hari demi hari. Cantumkan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang diminta pada ALLAH tentang hal dunia dan akhirat.

2.Syura

Jika mahukan persetujuan mesti ada syura/mesyurat. Digalakkan setiap malam seperti pillow talk atau paling kurang seminggu sekali. Bincangkan soal hati ke hati, ekonomi, perjalanan esok hari atau hal-hal anak-anak dan apa sahaja topik yang terlintas untuk disembangkan.

3.Tanggungjawab suami dan isteri

Mesti tahu tanggungjawab antaranya hal nafkah atau hal-hal lain yang menjadi tanggungjawab masing masing.

Baca juga: Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

4.Merajuk jangan lama-lama

Jangan biar lama-lama dan segera peluk pasangan jika merajuk. Cuba bertanya mengapa terasa hati. Kuncinya jangan malas bertanya. Bagi pihak yang merajuk, berterus-terang sahaja dengan pasangan. Jangan simpan dalam hati. Fikiran dan perasaan sendiri pun kadang-kadang keliru apa lagi hendak memahami orang lain dalam masa yang singkat. Kalau betul ada kekhilafan, ambil kisah luahan itu dan perbetulkan kesilapan.

5.Peka perubahan masing-masing

Sentiasa peka perubahan pasangan masing-masing supaya saling mengenali. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, ambil masa untuk mengenali diri masing-masing.

6.Sentiasa tanamkan sifat hendak membantu pasangan

Masing-masing mesti ada perasaan ini. Jangan sebelah pihak sahaja. Berebutlah hendak hulurkan bantuan antara satu sama lain. Nampak suami tercari-cari sesuatu, tanya dan bantu cari. Kalau isteri hendak angkat barang, suami ternampak, cepat-cepatlah bantu angkat barang tersebut tanpa perlu diminta.

7.Berlaku adil pada tempat dan keadaan yang sepatutnya

Sama rata mesti diaplikasikan. Bagi pihak isteri, jika perlukan perhatian, bercakaplah. Jangan hanya dengar di sebelah pihak sahaja. Apabila kita bermesyuarat sudah tentu kita inginkan keputusan yang adil dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

8.Kebebasan

Masing-masing jangan terlalu mengongkong. Suami hendak tengok telefon pun tidak boleh, keluar pun langsung tidak diberi. Isteri hendak ada me time atau tidur siang sekejap pun tidak boleh, hendak kentut depan pasangan pun tidak boleh. Memang susah kalau semuanya tidak boleh.

Inilah sebahagian tip yang dikongsikan oleh Yana hasil daripada pengalaman diri sendiri, nasihat ibu ayahnya dan gabungan pakar-pakar psikologi rumah tangga. Semoga bermanfaat untuk semua.

Baca juga: Sudah beberapa kali menjelaskan saya ini suami orang, tapi tidak diendahkan – Fadzil Zahari

Sumber: Yana Samsudin

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca