Baru 6 hari tayangan, filem animasi Mechamato cecah kutipan RM10 juta!

Iklan
mechamato

BARU enam hari tayangan di pawagam, filem animasi Mechamato sudah mencecah kutipan sehingga RM10 juta!

Mechamato Movie merupakan sebuah filem animasi 3D terbitan tempatan yang mengisahkan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato yang bertemu dengan robot bernama MechaBot.

Iklan
Iklan

Filem itu kini mencipta fenomena dalam dunia perfileman apabila ia sudah berjaya meraih kutipan RM10 juta selepas hanya enam hari ditayangkan di pawagam.

Kutipan dilihat amat menggalakkan, rata-rata penonton teruja dan terhibur dengan aksi dalam filem berkenaan.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak yang juga merupakan penulis dan pengarah filem itu, melahirkan rasa terima kasihnya atas sambutan yang amat menggalakkan.

Baca juga Tayangan perdana Mechamato di Cartoon Network

Iklan

[caption id="attachment_100850" width="800"] Mechamato[/caption]

Katanya, sejujurnya, pihaknya tidak menjangkakan sambutan yang begitu hebat kerana Mechamato adalah produksi terbaru daripada Monsta, tidak seperti BoBoiBoy yang telah menjadi ikon negara.

Apa yang lebih memberangsangkan, filem animasi yang padat dengan adat dan teladan budaya Malaysia itu meraih RM1.1 juta pada hari pertama tayangan yang bermula pada 8 Disember lalu.

Baca juga Tayangan perdana Mechamato di Cartoon Network

Ujarnya, siri animasi Mechamato baru sahaja disiarkan di Cartoon Network selama setahun dan dua bulan di laman penstriman, Netflix.

Selain berterima kasih kepada semua penonton dan peminat filem Mechamoto, Nizam turut menyatakan filem Mechamato akan dieksport ke luar negara tahun depan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.