FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan meraih RM97 juta sekali gus menempa sejarah dalam dunia perfileman Malaysia. Pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof menyatakan keyakinannya terhadap filem dan pelakon tanah air sejak dahulu lagi.

Syamsul menerusi laman sosial Instagram meluahkan industri perfileman Malaysia mampu pergi jauh.

Baca juga: Filem Mat Kilau disiarkan di Netflix mulai 16 September ini, wanita jangan terlepas

Baca juga: “Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta.” – Syamsul Yusof

“Siapa sangka. Dari dulu saya yakin pelakon dan pengarah filem filem kita mampu pergi jauh dan menyaingi Hollywood dalam carta “All Time International Malaysia Box Office”. Kita boleh.

“Dengan izin ALLAH, it happened! Filem Mat Kilau telah mengatasi kesemua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.

“Kini filem kita menjadi tuan di bumi sendiri,” titipnya.

Menurutnya filem biografi epik sejarah itu masih ditayangkan di pawagam pada masa ini.

“Mat Kilau masih ditayangkan di pawagam sekarang, insya-ALLAH filem Malaysia akhirnya akan mencapai box office 100 juta. Terima kasih dari kami sekali lagi, Alhamdulillah syukur,” coretnya.

Dalam pada itu, Syamsul menzahirkan penghargaan buat pasukan dan mereka yang memberikan sokongan.

Baca juga: Pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, peminat teruja Syamsul Yusof beri bayangan bakal arah filem sejarah Melaka

Syamsul bersama pemegang watak utama, Datuk Adi Putra dan Johan As’ari

“Terima kasih dari kami Team Mat Kilau dan terima kasih terus menyokong karya-karya saya selama ini, sejak dari filem pertama.

“Teruslah ke pawagam menonton filem Malaysia daripada semua penerbit dan pengarah filem hebat yang lain okay, support!” titip.

Iklan

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena sejak ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu.

Baca juga: 19 hari, Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki

Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

Dibintangi oleh Adi Putra, filem ini diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia, Mat Kilau. Aktor hebat Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari menjayakan watak sebagai pelakon pembantu.

Iklan

 

Filem berkenaan menjalani penggambaran di negeri Perak, Pahang, Melaka dan Selangor selama 100 hari pada 2018 dengan kos pembikinan sebanyak RM8 juta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.