Bapa kaku lihat jasad anak 3 tahun lemas, ditemui lepas solat hajat, ini kronologi kejadian

Iklan
1

SEORANG bapa di Kuala Nerus, Terengganu berhadapan dengan detik memilukan apabila kehilangan anak tersayang berlaku dalam sekelip mata.

Mohd Sobrey Ramli, 32, tidak menjangkakan momen bersiar-siar menaiki motosikal adalah detik terakhir beliau dan anak keduanya, Muhammad Sufi Eijaz.

Iklan
Iklan

Lebih menyentuh hati bapa kepada tiga cahaya mata itu dikatakan lemah dan kaku selepas jasad si kecil ditemui.

Baca juga: Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

Iklan

Berikut adalah kronologi kejadian yang meragut nyawa si kecil.

Iklan

1-Mohd Sobrey bersama tiga orang anak telah ke kawasan tali air tersebut dengan motosikal untuk bersiar-siar sebelum menghantar mereka ke kelas mengaji di kawasan berdekatan pada jam 5.00 petang.

2-Namun sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Sufi Eijaz dan abangnya, Muhammad Syakir Wafiuddin, 8, meluru turun daripada motosikal menuju ke tali air.

3-Mereka dikatakan teruja melihat ramai kanak-kanak sedang mandi-manda sebelum Muhammad Syakir Wafiuddin memberitahu bahawa adiknya hilang.

4-Mohd Sobrey yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu sedang menguruskan anak bongsunya, Muhammad Shafiq Arshad, 1.

5-Tidak sampai lima saat selepas anak sulungnya melaung memberitahu adiknya hilang, bapa berkenaan terus terjun ke tali air.

Baca juga: Badan keras, membulat masa ditemui, lelaki kongsi detik cemas isteri lakukan CPR selamatkan anak lemas

[caption id="attachment_100874" width="800"] Kredit foto: Friends of Bomba Malaysia[/caption]

6-Bagaimanapun arus di bawah air terlalu deras menyebabkan beliau terpaksa naik ke permukaan untuk memberitahu isteri, Nurul Ain Bakri, 33.

7-Misi pencarian si kecil itu dilakukan 68 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia, Anggota Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk tempatan.

8-Misi tersebut diiringi hujan renyai-renyai berlangsung kira-kira 18 jam.

10-Tidak sampai sejam ikhtiar tersebut dilaksanakan, jasad si kecil itu ditemui.

11-Pasukan mencari dan menyelamat menemui jasad si kecil itu pada jam 11.34 pagi pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

12-"Pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung dan Alhamdulillah keadaan mangsa masih sempurna,” kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad.

Baca juga: Ibu reda Eril pergi, 14 hari baru ditemui, ini kronologi pemuda lemas di Switzerland

13-Ibu Muhammad Sufi Eijaz, Nurul Ain Bakkeri, 33, berkata, beliau bersyukur jasad anaknya ditemui.

14-"Sejak mengetahui anak saya lemas petang semalam, tiada apa yang saya harapkan kecuali jasadnya ditemui kerana saya ingin sangat-sangat untuk jumpa dengan jasad anak saya itu,” katanya.

Tragedi musim tengkujuh itu menyentuh hati ramai. Rata-rata mendoakan agar pasangan berkenaan tabah menerima kehilangan anak tersayang.

Majlis Keselamatan Negara mengingatkan orang ramai agar bersedia menghadapi banjir dan melakukan enam tip berikut:

1-Dapatkan maklumat terkini tentang bencana.

2-Sentiasa bersedia dengan peralatan kecemasan.

3-Menyiapkan barangan penting dan berpindah sekiranya diarahkan.

4-Pastikan kanak-kanak tidak bermain air banjir

5-Awasi mereka dan jauhkan diri daripada berada di kawasan berdekatan sungai, longkang atau lombong.

6-Bergerak ke tempat lebih selamat yang jauh daripada kawasan lapang, sungai atau longkang.

Baca juga: Kanak-kanak lemas dalam kolam buatan sendiri, ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Sumber: Sinar Harian 1 2, Friends of Bomba Malaysia, Majlis Keselamatan Negara

Kredit foto: Sinar Harian 1 2, Friends of Bomba Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & TikTok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.