SETELAH 14 hari baru ditemui akibat lemas, anak lelaki Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, Emmeril Kahn Mumtadz telah ditemui di Sungai Aere, Bern, Switzerland.

Pencarian yang makan masa berminggu-minggu itu membuahkan hasil apabila, Emmeril atau dikenali sebagai Eril dijumpai pada Rabu sekitar jam 6.50 pagi waktu tempatan.

Difahamkan Polis Bern menemukan mayat Eril di lembangan limpahan Empangan Engehalde.

Memetik laporan Tribun News, Duta Duta Besar Indonesia ke Switzerland Muliaman Hadad menjelaskan pihak polis Canton of Bern ada menghubungi Kedutaan Indonesia di sana dan keluarga untuk memberitahu maklumat awal berhubung penemuan mayat yang disyaki adalah Eril.

Baca juga: [VIDEO]Pengantin baru sedang ‘photoshoot’ terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

“Pada petang Khamis waktu Switzerland, pihak polis di sana telah mengesahkan hasil ujian DNA mayat adalah Eril,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak keselamatan sedang memproses dokumen penting untuk membawa pulang Eril ke Indonesia.

Kini, ahli keluarganya sudah berada di Switzerland untuk menuntut jenazah pulang ke tanah air.

Kredit foto: Ataliapr

Sementara itu, selepas pihak berkuasa mengesahkan mayat itu merupakan Eril, ibunya, Atalia Praratya telah memuat naik satu video di Instagram dengan kapsyen “Eril dan cinta pada air menghantarnya ‘pulang’…”.

Betapa kuat dan cekalnya hati seorang ibu yang mampu menzahirkan kata-kata itu sedangkan beliau kehilangan anak tersayang.

Semenjak kehilangan Eril pada 26 Mei lalu, wanita berkenaan kerap membuat hantaran di laman sosial itu.

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Sebelum ini, wanita berkenaan memuat naik satu perkongsian selepas tujuh hari kehilangan Eril dengan kapsyen yang mengundang sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by atalia praratya (@ataliapr)

“Rill… Mama balik Indonesia dulu ni…

Iklan

“Mama telah mengamanahkan penjagaan dan perlindungan yang terbaik dari pemilik sejatimu, Allah swt, walau di mana pun kamu berada…

“Insya-ALLAH Eril tidak akan kesejukan, lapar atau kekurangan apa-apa, malah, Eril akan mendapat limpahan kasih sayang, hadiah dan kebahagiaan yang tidak berkesudahan.

“Di sini, di sungai Aare yang sangat indah dan indah ini, mama mengikhlaskan pemergianmu, dan mama berharap kita dapat bertemu lagi.

Kredit foto: Ataliapr

“Seperti kata Datuk Bandar, Kota Bern akan sentiasa berhubung rapat dengan kami…Doa terbaik Mamah di setiap nafas,” titipnya sayu.

Iklan

Warga maya turut menzahirkan sedih dan disertai rasa syukur setelah 14 hari baru ditemui akibat lemas di Sungai Aere.

Baca juga: Badan keras, membulat masa ditemui, lelaki kongsi detik cemas isteri lakukan CPR selamatkan anak lemas

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI