Air Asia RM25 Jingle Sales tawar tiket lebih murah, rebut peluang penerbangan ke Yangon, Busan dan Gold Coast

Iklan
air asia

SEMPENA cuti sekolah yang sedang berlangsung dan sambutan Hari Natal tidak lama lagi, Air Asia menyemarakkan lagi mood percutian kalian dengan kempen RM25 Jingle Sales.

Terokai destinasi popular di Malaysia, beberapa negara ASEAN dan banyak lagi dengan tawaran tiket penerbangan hanya bermula RM25 sahaja.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, promosi potongan harga sebanyak RM50 diberikan untuk tempahan hotel yang disenaraikan untuk lokasi pilihan.

Jika mahu menikmati penjimatan lebih menguntungkan, kalian perlu menempah hotel plus penerbangan. Lebih menjimatkan!

Iklan

Mahu dapatkan lebih banyak keistimewaan? Jangan lupa memuat turun aplikasi Air Asia SUPER+ dalam telefon pintar anda untuk berpeluang menikmati tawaran penerbangan percuma, diskaun hotel dan pengangkutan.

Buat ahli Air Asia yang sudah mendaftar, pastikan anda tidak melepaskan peluang menyertai Super Members' Week yang berlangsung hingga 18 Disember ini.

Iklan

Baca juga 11 minit sahaja KLIA ke KL Sentral , AirAsia sedia perkhidmatan e-hailing udara

Apa yang menarik? Rebut lima kali ganda poin yang mana setiap 50 poin menyamai RM1 melalui aplikasi Air Asia Super.

Setiap poin tersebut boleh dikumpul dengan mudah melalui transaksi pembelian makanan, tiket penerbangan, hotel, pengangkutan atau travelmall.

Jom Cuti-Cuti Malaysia

Air Asia turut menawarkan sesuatu yang menarik buat mereka yang sudah merancang untuk bercuti dalam negara.

Rebut peluang untuk menikmati e-baucar bernilai RM50 sempena Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 untuk tempoh hingga 31 Disember ini.

Paling penting, kemas kini Mykad anda di dalam aplikasi Air Asia, buat tempahan tiket dan pembayaran sebelum menebus e-baucar tersebut.

Baca juga Makanan ikonik AirAsia Nasi Lemak Pak Nasser kini dengan ayam percik, eksklusif untuk Ramadan yang mulia iniSudah tentunya penerbangan domestik ke Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak antara destinasi yang paling menjadi pilihan ramai.

Bagi mereka yang mahu berlibur santai di tempat orang, lokasi seperti Pahang, Terengganu, Melaka dan Johor Bahru juga tidak kurang hebatnya.

Percutian ke Yangon, Busan & Gold Coast

Bagi mereka yang berhasrat untuk melancong ke negara orang pula, Air Asia menawarkan tiga penerbangan eksklusif.

Air Asia memperkenalkan syarikat penerbangan, Myanmar Airlines International pada harga tiket bermula RM272.

Promosi tempahan tiket dari Kuala Lumpur terus ke Yangon bermula sekarang hingga 28 Disember nanti untuk penerbangan yang dijadualkan hingga 25 Mac tahun depan.Untuk destinasi Busan yang popular di Korea Selatan, harga tiket ditawarkan bermula RM539 berbanding harga asal, RM1,999.

Kalian disarankan untuk menempah tiket awal untuk perjalanan yang dijadual bermula 3 Februari hingga 28 Oktober tahun depan.

Baca juga Patutlah harga ‘kayangan’, ini khasiat air mineral tular jenama Evian

Gold Coast, Australia juga antara pilihan tempat jalan-jalan menarik untuk disenaraikan dalam bucket list.

Harga tiket ditawarkan bermula RM799 berbanding harga asal, RM3,999. Memang rugi kalau tak grab seat kadar segera.

Penerbangan ke sana dijadualkan bermula 15 Februari hingga 28 Oktober 2023.

Semua pilihan agak menarik bukan? Apalagi, rancanglah percutian bersama keluarga atau dengan sahabat-handai sekarang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi