KEJAYAAN pasukan Perancis menewaskan pihak lawan sempena semi final Piala Dunia Qatar 2022 memang hangat diperkatakan sampai saat ini.
Pasukan yang dipimpin jurulatih, Didier Deschamps itu berjaya menundukkan Marocco dengan jaringan dua gol sekali gus melayakkan mereka mara ke peringkat akhir.
Perancis juga diramalkan bakal mengekalkan gelaran juara selepas menduduki takhta pertama dalam Piala Dunia 2018.
Bukan sekadar hebat di padang, malah negara rentas benua yang terletak di antara Eropah Barat dan Benua Amerika itu sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.
[caption id="attachment_100987" width="800"] SUMBER foto Reuters.[/caption]
Berdasarkan rekod, Perancis menjadi antara destinasi pelancongan popular di dunia yang menjadi tumpuan ramai termasuk rakyat Malaysia.
Malah, negara yang mempunyai keluasan 640,679 kilometer (km) persegi berkenaan menerima pengiktirafan World’s Top Tourist Destination pada tahun 2021.
Jumlah kedatangan hampir 90 juta pelancong (ketika bukan musim Covid-19) setiap tahun meletakkan Perancis paling ke hadapan berbanding Sepanyol dan Amerika Syarikat.
[caption id="attachment_100989" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
Sudah tentunya, antara tempat liburan yang paling ikonik adalah Menara Eiffel di ibu kota Paris selain bangunan pencakar langit yang tersergam indah, muzium dan cafe unik.
Perkongsian www.france-justforyou.com memberikan lebih banyak info menarik untuk pembaca SinarPlus yang merancang untuk bercuti di sana.
Berikut perinciannya:
[caption id="attachment_100992" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
i) Menara Montparnasse
- Boleh menjadi pilihan kedua untuk melihat panorama kota Paris yang mengagumkan.
- Bangunan pencakar langit dengan ketinggian 210 meter itu dibina pada tahun 1969 dan pernah memegang gelaran skyscraper paling tinggi di Perancis hingga tahun 2011.
[caption id="attachment_100991" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
ii) Istana Versailles
- Antara tempat kunjungan yang wajib menjadi persinggahan ketika bercuti di sana kerana reka bentuk dalaman yang sememangnya wow kerana dihiasi emas, kristal dan permata.
- Sejarah pembinaan istana tersebut memang unik dipadankan dengan dekorasi mewah mampu membuatkan kalian terpegun.
[caption id="attachment_100995" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
iii) Luxembourg Gardens
- Lebih dikenali dengan nama Jardin du Luxembourg yang terletak berhampiran istana Luxembourg.
- Monumen yang dinamakan sebagai Liberty Enlightening the World dan Monument to Jean-Antoine Watteau yang dibina pada tahun 1896 menjadi tumpuan ramai selain Fountain of the Observatory.
[caption id="attachment_100990" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
iv) Muzium Louvre
- Diiktiraf sebagai muzium paling besar di dunia dan menjadi landmark paling bersejarah buat kota Paris.
- Muzium tersebut juga menjadi gedung koleksi karya seni tersohor, antaranya Mona Lisa dan the Venus de Milo.
[caption id="attachment_100994" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
v) Galeries Lafayette
- Pusat beli-belah terbesar yang memiliki sentuhan seni bina Art Nouveau yang memukau pandangan.
- Antara destinasi tumpuan yang menghimpunkan outlet fesyen, kulinari hebat dan pelbagai aktiviti menarik khususnya sempena sambutan Hari Natal.
[caption id="attachment_100988" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
vi) Sungai Seine
- Menelusuri sungai Seine yang terkenal dengan jolokan sungai cinta antara aktiviti wajib selepas mengunjungi menara Eiffel.
- Pilihan bot pelayaran yang mudah membawa anda meneroka 30 jambatan sambil menikmati keindahan bangunan lama.
[caption id="attachment_100993" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
vii) The Catacombs of Paris
- Jika mempunyai keberanian, singgah ke The Catacombs of Paris yang terletak di laluan bawah tanah di tengah bandar berkenaan.
- Kawasan perkuburan lama yang terkenal itu memiliki keluasan hingga 300km dengan lebih enam juta tulang manusia.
Sebenarnya, banyak lagi tempat yang boleh disinggahi orang ramai seperti Paris Flea Market, Disneyland Paris dan lain-lain.
[caption id="attachment_100996" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
Jika merancang untuk bercuti ke sana, bolehlah siap-siap kumpul duit bermula dari sekarang.
Mana tahu impian yang satu ini boleh tercapai satu hari nanti.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi