27 tahun setia berkhidmat, majikan dipuji murah hati taja staf tunai umrah

Iklan
27 tahun setia berkhidmat, (1)

27 tahun bukan satu tempoh yang pendek. Hampir tiga dekad setia memberikan perkhidmatan, kakitangan sebuah stesen minyak ini menerima tajaan menunaikan umrah daripada majikannya.

Ganjaran seringkali diiktiraf sebagai instrumen yang sangat penting untuk menarik dalam memotivasikan pekerja.

Iklan
Iklan

Pelbagai cara boleh dilakukan sebagai memberikan penghargakepada kakitangan, antaranya memberi imbuhan seperti pakej melancong, kenaikan pangkat atau gaji.

Stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah menjadi tular di laman sosial TikTok selepas seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan selepas 27 tahun memberikan khidmat.

Iklan

Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Iklan

 

Perkongsian Siti Nur Ahmad itu ditonton sebanyak 185,000 kali dan menerima 18,800 tanda suka di laman sosial TikTok.

Tidak hanya itu, majikan tersebut memberikan pengiktirafan anugerah pekerja terbaik bulanan dan mutu perkhidmatan terbaik tanpa mengira pangkat termasuk juruwang, merchandiser hinggalah ke tahap pengurus kanan.

Baca juga: Video stesen minyak di Pendang tular, lengkap jual barang dapur seperti kedai runcit raih perhatian netizen

Warga maya memuji tindakan pemilik stesen minyak terbabit dan mendoakan urusan umrah Yusuf berjalan lancar.

-”Ya ALLAH rezeki beliau. Kesetiaannya kepada syarikat adalah penantian yang tidak sia-sia.”

-"Saya doakan pemilik stesen minyak ini tidak akan miskin dan boleh membawa lebih ramai orang lain mejadi tetamu ALLAH.”

-"Terbaiklah Petronas Pendang, moga sentiasa murah rezeki.”

-"Tahniah, moga stesen minyak lain menjadikan ini contoh.”

-"Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang berkongsi rezeki dengan pakcik ini, moga makin luas rezeki majikannya.”

Baca juga: [VIDEO] Cuci longkang tersumbat di lebuh raya hingga tenggelam badan, aksi pekerja pembersihan sentuh hati warganet

Menerusi ruangan komen, anak kepada Pakcik Yusuf dikenali sebagai Sabri turut mengucapkan tahniah. Menurut Sabri, khidmat lelaki itu di stesen minyak berkenaan adalah seusia dirinya

Bukan mudah mendapatkan tenaga kerja yang setia, jujur, ikhlas dan amanah.

Semoga penghargaan diberikan oleh majikan ini kepada pekerjanya memberikan inspirasi kepada perusahaan lain agar tidak lupa memberikan imbalan kepada kerja keras dan kesetiaan kaki tangan yang sanggup menempuhi jatuh bangun bersama.

Baca juga: Pergi umrah bersama anak kecil, wanita ini kongsi tip, persediaan ibu bapa perlu buat

Sumber: TikTok @sitinur5874

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi