KITA lazimnya mengunjungi stesen minyak untuk mengisi bahan api seperti petrol, diesel atau gas kenderaan.

Jika perlu membeli barangan lain, ia mungkin sekadar makanan, minuman untuk mengalas perut atau menambah nilai kad Touch ‘N’ Go.

Bagaimanapun sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah menarik perhatian warga maya kerana turut menjual barang keperluan dapur seperti sayur-sayuran, rempah ratus, makanan dalam tin serta barangan mentah kering.

Baca juga: RFID Bermasalah, Pengguna Boleh Dapatkan Gantian Pelekat Percuma Daripada PLUS

Video berdurasi 59 saat itu menerima 1.2 juta tontonan dikongsikan pengguna TikTok Siti Nur.

“Petronas Pendang paling unik di Malaysia,” titipnya.

Perkongsian wanita ini yang juga pemilik sebagai stesen minyak tersebut telah mendapat pujian daripada warganet susulan ideanya yang unik dan bijak .

Malah ramai juga yang teruja untuk mengunjunginya kerana ia menjual pelbagai jenis barangan.

 

Baca juga: Terpaksa Undur, RFID Tak Dapat ‘Detect’ Pada Hari Pertama, Warga Maya Luah Kesesakan Lalu Lintas

Ia bahkan membantu pengguna jalan raya mendapatkan barang keperluan dapur pada waktu malam ketika pasar raya dan kedai runcit tidak beroperasi. Malah ada yang berkongsi pengalaman mendapatkan barangan keperluan di situ.

“Keunikan datang kerana kreativiti, berfikir luar zon biasa. Idea yang bernas menjadi tarikan. Tahniah puan, Ini baru orang bisnes.”

Iklan

“Stesen minyak macam kedai runcit.. bagus ni. Kalau terdesak boleh beli.”

“5 minit sahaja dari rumah saya. Selalu pergi beli sayur malam-malam kalau nak masak mi atau mihun. Sayurnya segar. Paling suka taugeh di sini.”

“Saya duduk selama sebulan bagi vaksin dekat Pendang , saya pergi Petronas ini sahaja. Hahaha excited . Bersih teratur , staf sentiasa senyum!”

@siti5874 Reply to @yayaaris87 ya sis..Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia 🥰🥰 #fyp #fypシ #fypage #viral #tiktok #malaysia #petronas #petronastwintower ♬ original sound – Hero yang tak didendang – SxxfxL xzLxN

Iklan

Ternyata untuk menarik perhatian pelanggan bukan perkara yang mudah. Walaupun produk yang dijual merupakan produk kesukaan ramai, namun untuk bersaing dengan peniaga lain memerlukan satu idea yang luar biasa bagi menarik perhatian pelanggan.

Semoga idea usahawan ini memberikan inspirasi kepada pengusaha stesen minyak yang lain.

Baca juga: Senang sangat peraturan ketika di stesen minyak. Jom kita refresh

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Siti Nur