TUGAS pekerja pembersihan adalah mulia. ‘The Unsung Hero’ atau wira tak didendang, itulah gelaran yang sesuai buat mereka.

Khidmat mereka memberikan impak besar dalam kehidupan kita. Bukan mudah untuk mereka berada pada situasi getir, namun demi amanah yang dipikul, tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Andai tiada pekerja pembesihan seperti ini, bagaimanalah agaknya keadaan kita semua?

Baru-baru ini tular di laman sosial aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup bergadai nyawa mencuci longkang tersumbat di tengah-tengah lebuh raya.

Pekerjaan yang sangat berisiko itu dilaksanakan dilakukan sebaiknya. Hinggakan lelaki berkenaan sanggup menenggelamkan tubuhnya di dalam lubang kecil dipercayai sebahagian struktur longkang di lebuh raya.

Dia kemudian mengeluarkan selonggok sampah sarap yang dipercayai punca longkang tersumbat  dan memastikan sistem saliran lancar.

Paparan video berkenaan meraih perhatian warga maya. Rata-rata meluahkan rasa kasihan dan menitipkan doa buat pekerja pembersihan tersebut.

“Kerja adalah ibadat, insya-ALLAH besar pahalanya. Lagi-lagi memberi manfaat kepada orang lain.

“Saya rasa respect orang buat kerja ini… kerja yang tidak semua orang mampu buat.”

“Kerja yang mungkin orang pandang rendah. Tapi tanpa jasa mereka, kita akan kesusahan. Terima kasihh abang.”

“Kalau tiada pekerja-pekerja macam ini, siapalah agaknya hendak buat kerja-kerja pembersihan. Semoga rezeki anak ini berlipat ganda. Janji buat kerja yang halal dan ikhlas. ALLAH sayang.”

Tidak kurang juga yang menasihatkan agar orang ramai menjaga kebersihan di lebuh raya.

Iklan

“Kasihan pekerja pembersihan. Kita pun janganlah buang sampah sembarangan di jalan raya, sedia plastik bila makan dalam kereta. Siap makan masuk plastik, sampai tempat berhenti buang dalam tong sampah. Barulah Malaysia BBB – Boleh, Bersih, Bagus!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOM DAKWAH (@videodakwah.my)

Belum pun sehari dikongsikan, video berkenaan meraih 270,000 tontonan.

Tahukah semua walaupun hanya satu cebisan kecil namun plastik mengambil masa lebih 500 tahun untuk terurai? Manakala proses penguraian satu puntung rokok pula mengambil masa 50 tahun.

Iklan

Semoga kita sentiasa menghargai jasa pekerja pembersihan dan tidak membuang sampah keluar dari kenderaan di merata-rata tempat khususnya di lebuh raya.

Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Baca juga: “Kahwin Orang Internet Tapi…” Jutawan Irfan Khairi Dedah Isteri, Anak Tak Ada Akaun Media Sosial

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: videodakwah.my