CUTI Tahun Baru Cina yang akan berlangsung empat hari bermula 20 Januari 2023 bakal menyaksikan ramai berpusu-pusu ke destinasi yang telah dirancang.
Berita baiknya pengecualian tol untuk semua kenderaan akan di berikan di seluruh negara.
Baca juga: 16 tarikh cuti kelepasan am Selangor 2023, yang perlu bekerja ini kadar bayarannya
[caption id="attachment_93421" width="800"] Kredit foto:" target="_blank" >Bernama[/caption]
PANDUAN KESELAMATAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG
[caption id="attachment_104357" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]
Polis Diraja Malaysia menyarankan tip keselamatan sebelum pulang ke kampung.
1. Maklumkan kepada balai polis terdekat mengenai maklumat diri iaitu alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
2. Minta tolong jiran sebelah untuk tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda.
4. Jangan tinggalkan sebarang nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
5. Henti penghantaran akhbar dalam tempoh ketiadaan anda di rumah.
6. Sentiasa pasang lampu pada waktu malam.
8.Pastikan menutup gas regulator atau kepala tong gas dan dapur sebelum meninggalkan rumah. Seeloknya buka kepala tong gas dan jangan sesekali biar injap gas terbuka untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan kebakaran.
9.Bagi yang memandu jangan lupa pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan diselenggara.
10.Pastikan anda periksa keadaan tayar, brek, penghawa dingin dan keseluruhan komponen kereta agar tidak berlaku perkara tak diingini dalam perjalanan.
Sumber: PMO, Polis Diraja Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi