AWAS! tong gas petroleum cecair (LPG) yang ada di setiap rumah kita boleh meletup.

Seperti satu kejadian yang berlaku di Taman Sena Permai, Tasek Gelugor, seorang wanita cedera apabila gas LPG meletup dalam rumahnya pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Hazam Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, seorang mangsa wanita berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan telah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba tiba. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta serta sebuah motosikal yang di parkir di ruang hadapan rumah mengalami kerosakan.

Justeru, berikut panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas;

  • Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
  • Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
  • Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
  • Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
  • Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
  • Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.Baca juga [VIDEO] Gara-gara tertarik tong gas di dapur, gadis ini kongsi pengalaman dibungkus seperti mumia

    Kredit foto: FB Pertonas Manjoi

Sementara itu, ini apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan;

  1. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
  2. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
  3. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
  4. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
  5. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
  6. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
  7. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
  8. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Baca juga [VIDEO] Gara-gara tertarik tong gas di dapur, gadis ini kongsi pengalaman dibungkus seperti mumia

Iklan

Cara mengesan kebocoran gas;

  1. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
  2. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
  3. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
  4. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: Awani, Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.