IBU bapa adalah dua insan paling bermakna bagi seorang anak yang tiada gantinya . Tidak hairanlah anak-anak sanggup melalui kesesakan jalan raya berbelas-belas jam di lebuh raya untuk meluangkan masa dengan mereka. Cerita lelaki mualaf ini menarik perhatian ramai.

Perkahwinan campur merentasi kaum membuka peluang seseorang itu mengenali adat resam dan budaya lain.

Baca juga: Untungnya keluarga campur, doktor cantik ini berpantang dengan resipi masakan Cina

Perkongsian Adam Kelvin, seorang pengusaha pusat tuisyen berbangsa Cina menceritakan pengalaman beliau menyesuaikan diri dengan adat budaya Melayu termasuk meluangkan masa pulang ke kampung bagi menziarahi ibu bapa.
Berikut perkongsian beliau:

Perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung? Ayah saya sendiri pub balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.

Justeru, apabila awal perkahwinan dulu saya pelik isteri saya selalu nak balik kampung.

Malah saya mengambil langkah drastik hanya benarkan isteri saya balik (ke kampung) setahun sekali sahaja. Itu pun hari raya. Ini cerita masa mula-mula kahwin.

Saya buat begitu bukan sebab hendak pisahkan beliau daripada keluarga. Tiada langsung (niat) seperti itu. Cuma bagi saya, tiada keperluan untuk selalu pulang ke kampung. Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikut. Mungkin juga ikatan kekeluargaan famili saya kurang kuat.

Baca juga: Adil urus ibu bapa, tak ada yang culas, idea wanita ini buat giliran disokong ramai

Adam bersama isteri dan keluarga mentua. (Kredit foto: Facebook Adam Kelvin)

Sampailah isteri saya terlalu penat dan minta untuk berpisah dengan saya sebab tidak dapat pulang ke kampung dengan kerap.

Sayaterdiam apabila isteri terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya.

Suami boleh cari ganti tapi ibu bapanya (ummi walid) hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya. Dulu pun masa bapanya bekerja di Kuala Lumpur memang mereka semua akan pulang ke kampung dengan kerap. Semasa arwah nenek isteri saya sakit, ummi walid setia menjaga sampai ke hujung nyawa.

Baca juga: Wanita Kedah kongsi pengalaman, menetap di Guinea kampung suami, raih perhatian warganet

Saya tersentap apabila isteri beritahu. Bayangkan Soon Cong (anak) ini kita jaga seperti menatang minyak yang penuh. Bagi kasih sayang dan buat terbaik untuknya. Apabila sudah kahwin, beliau tidak boleh balik ke kampung selalu kerana isteri tidak beri? Fahamkah bagaimana perasaan rindu anak itu?

Masa isteri luahkan perkara ni, saya rasa hendak menangis sebab tidak tahu kenapa saya boleh bertindak begitu sekali. Apakah saya fikirkan ketika itu, yang bermain dalam otak ketika itu tanpa sedar menyeksa isteri sendiri? Geram.

Akhirnya saya benarkan isteri balik kampung dua hingga tiga bulan sekali. Sekali balik,  tinggal dalam seminggu. Baru saya nampak isteri saya mula ceria dan gembira. Nampak beliau lebih puas hati selepas pulang dari kampung.

Baca juga:Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya. Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

Kredit foto: Bernama

Malah ibu dan ayah mentua lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Tidaklah perlu menahan perasaan rindu kepada anak.

Apabila fikir semula, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya sudah terbiasa berseorangan. Saya tidak rasa belong to anywhere, anyone or anything.

Saya sibuk mencari duit untuk meneruskan hidup sampai hingga perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin. Perbezaan budaya pun ya.

Iklan

Peristiwa luahan yang terpendam isteri mengajar saya sesuatu. Isteri saya memang tegas orangnya. Jika hendakkan sesuatu, beliau akan usaha sampai habis. 

Patutlah setiap kali musim perayaan mesti lebuh raya sesak. Bukan musim perayaan sahaja, pantang ada cuti umum! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung.

Adam Kelvin, belajar daripada kesilapan dalam bab kekeluargaan.

Baca juga: Kanak-kanak menangis, asyik nak balik awal persekolahan, 10 perkara ini ibu bapa, guru perlu tahu

Cetusan fikiran dan perkongsian pengfalaman Adam Kelvin menerima pelbagai respons daripada warga maya. Rata-rata mengakui pentingnya menziarahi ibu bapa dan memperuntukkan masa ketika cuti untuk tujuan itu.

-“Selagi ada orang tua baliklah. Saya sudah tiada ibu bapa.”

-“Orang Melayu, cuti Tahun Baru Cina, hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Deepavali, cuti sekolah, cuti umum yang lama asalkan ada cuti mesti balik kampung. Kadang kala bukan balik kampung, tapi balik bandar pun ada. Tapi tujuan utamanya adalah untuk berjumpa dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Itu yang lebih penting.”

Iklan

-“Saya sebab dari zaman sekolah duduk asrama setiap bulan balik kampung, sampai tua pun sama. Di universiti setiap bulan tunggang motosikal dari Bangi ke Kulai. Penat tidak mengapa asalkan dapat jumpa emak. Sekarang setiap bulan balik kampung saya dan isteri. Selagi emak ayah masih ada, jenguklah mereka. Tidak dapat balik, ajak mereka datang ke rumah.”

Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Sumber: Adam Kelvin

Sumber foto utama: Adam Kelvin, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.